Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Januari 2010

Konsert ‘The Three Romantists’ di U.S

leave a comment »

Terkejut saya bila mendapat tahu yang Kim Bum Soo akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat. Ini bukan konsert solo tetapi turut disertai oleh K.will dan Yoo Seung Chan. Tapi saya tak berapa mengetahui tentang Yoo Seung Chan ini.

Ketiga-tiga penyanyi ini mempunyai vokal yang berbeza yang akan mewarnai pentas pada bulan Mac kelak. Konsert ini yang akan memperlihatkan lagu balada yang sesuai dan biasa didengar oleh para peminat. Mereka mempunyai persamaan tetapi setiap dari mereka mempunyai gaya dan tarikan tersendiri. Mereka juga telah terlibat dalam banyak rakaman lagu untuk drama dan filem terkenal di Korea.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 30, 2010 at 3:19 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

[20.11.09] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Tetamu pada malam itu ialah H-Eugene, Moon Cheon Sik dan penyanyi wanita Bada.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 30, 2010 at 9:26 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , , ,

Faizal Telan Pradaxa RM13 Setiap Hari!

leave a comment »

KUALA LUMPUR, 29 JAN 2010: “Setiap hari, saya terpaksa  telan pil Pradaxa bernilai RM13 sebiji. Saya juga adalah orang yang terawal menggunakan ubat ini,”  keluh Faizal Tahir, 32 ketika ditemui di sidang media konsert Satu Suara di Istana Budaya, baru-baru ini.

Penyanyi popular yang digelar Superman Malaysia itu tepaksa menjelaskan situasi dan keadaan dirinya setelah disahkan menghidap penyakit DVT yang boleh mengundang maut. Akibat daripada penyakit itu, Faizal tidak mampu bergerak banyak.

Menurut Faizal, dia sememangnya berhasrat ingin seketi ingin berehat seketika daripada dunia nyanyian. Namun, pada masa yang sama, dia tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penyanyi.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 29, 2010 at 10:05 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 9

leave a comment »

Lama pula tak kongsikan gambar Invincible Youth. Sekarang sudah masuk episod kesembilan untuk entri ini tapi di KBS World telah masuk episod kesebelas.

Tapi saya hanya letak gambar yang ada Kim Tae Woo je. Ini bersama Hyu Na. Mereka mencari kayu api untuk rumah mereka. Nampak macam berat je Hyu Na ni tak pun Kim Tae Woo salah teknik mendukung.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 29, 2010 at 9:41 am

Konsert Son Ho Young dan Kim Tae Woo di US & Kanada

leave a comment »

Bila saya mendapat tahu yang mereka akan membuat konsert bersama, saya rasa amat sedih. Ini kerana kenapa tidak di Kuala Lumpur, Malaysia. Boleh tak mereka membuat konsert di sini.

Kim Tae Woo dan Son Ho Young akan mengadakan konsert bersiri di Amerika Syarikat dan Kanada.

Mereka berdua menerima banyak jemputan untuk mengadakan persembahan di luar negara tetapi terpaksa menolak kerana sibuk dengan aktiviti masing-masing. Son Ho Young terlibat dengan drama dan teater muzikal sementara Kim Tae Woo pula dengan promosi album pada tahun lepas.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 28, 2010 at 3:08 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with ,

[19.11.09] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Tetamu untuk malam ini ialah penyanyi solo yang berbakat besar iaitu Hwan Hee dan Chae Dong Ha. Lepas itu ada juga seorang pemain gitar bernama Heo Seok. Dia ni saya tak pasti penyanyi atau berkumpulan.

Chae Dong Ha dan Hwan Hee baru sahaja mengeluarkan album solo pertama masing-masing. Mereka mempunyai persamaan iaitu dulu pernah mempunyai kumpulan masing-masing yang juga terkenal. Hwan Hee merupakan vokalis dari kumpulan duet Fly To The Sky sementara Chae Dong Ha pula ialah bekas ahli kumpulan SG Wannabe.

Chae Dong Ha di bawah syarikat pengurusan yang sama dengan Kim Bum Soo.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 28, 2010 at 9:20 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , , ,

Faizal mahu bebas tongkat

leave a comment »

PENYAKIT trombosis pembuluh darah (DVT) yang menyerang Faizal Tahir sememangnya menguji kesabarannya. Ditambah pula dengan kesukarannya untuk berjalan sehingga memerlukan tongkat, benar-benar mencabar mental dan fizikal penghibur ini.

FAIZAL melahirkan rasa bertuahnya apabila dapat berganding bahu serta berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza dan Aizat untuk Konsert Satu Suara.

Bagi mereka yang mungkin kurang faham tentang penyakit ini, ia merupakan keadaan berlakunya pembekuan darah dalam saluran darah. Antara faktor penyebab DVT ialah luka di dalam saluran darah akibat kemalangan jalan raya dan pembedahan ortopedik terutamanya pembedahan tulang, lutut serta pembedahan besar di bahagian perut.

Memang kesakitan yang ditanggungnya membataskan aktiviti seninya dan dia dinasihatkan berehat sekurang-kurangnya sehingga enam bulan untuk kembali pulih seperti sedia kala. Tetapi, kerana minat dan cintanya terhadap seni yang tidak pernah pudar membuatkan Faizal tekad meneruskan kerjayanya sebagai seorang penghibur.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 27, 2010 at 6:40 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,