Langit Biru

Semua orang sudah tahu

So Ji Sup : Belum mahu kahwin

leave a comment »

TENGAH bulan lalu kecoh di Korea apabila gosip tentang pelakon So Ji Sup dan Han Ji Min akan segera berkahwin.

Pasangan ini dikatakan bakal mengumumkan berita gembira tersebut pada pertengahan Januari ini.

Ia sekali gus membuat para peminat mereka gembira kerana hubungan antara Ji Sup dan Ji Min yang terjalin sewaktu sama-sama terlibat dalam drama Cain and Abel memang direstui.

Walaupun mereka tidak pernah mengaku bercinta di luar lokasi, namun kenyataan Ji Sup menyebabkan banyak pihak meragui hubungan baik mereka sehingga sehingga timbul gosip mereka bakal berkahwin.

Kenyataan itu berbunyi: “Kami berbual di telefon setiap masa.

“Itu memang stail saya kerana saya akan berhubung kerap dengan lawan main saya. Tapi itu sahaja, tidak lebih daripada itu.”

Bagaimanapun, gosip tersebut dinafikan jurucakap Ji Min yang tidak disebutkan namanya yang menegaskan aktres tersebut tidak bercinta atau mahu mengahwini Ji Sup.

“Kami terkejut mendengar gosip tentang perkahwinan mereka. Banyak orang bertanya dan ia memang tidak benar. Jika benar, mengapa kami tidak mendedahkannya sahaja kepada umum?

“Mereka juga tidak bercinta atau mahu berkahwin,” tegasnya.

Sumber : Kosmo Online 10-01-03

Written by Langit Biru

Januari 3, 2010 pada 9:12 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: