Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[100104] Faizal Tahir Berkorban Demi AJL24

with one comment

Buat para peminat yang masih ragu-ragu tentang pembabitan Faizal Tahir di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), yang akan berlangsung Ahad ini di Stadium Putra Bukit Jalil, anda semua akhirnya boleh menghela nafas panjang. Berita gembiranya, ‘Superman‘ kesayangan anda sudah mengesahkan penyertaannya pada malam itu, mendendangkan lagu tulisannya sendiri, “Bencinta”.

Mengakui dia belum lagi sembuh dari penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) dan sebelum ini, jangkitan kuman pada paru-paru, namun dia bertegas ingin beraksi pada acara tahunan gilang-gemilang itu. Meskipun dinasihatkan doktor untuk berehat sepenuhnya selama dua bulan.

“Sebenarnya, sudah berulang kali saya berfikir mengenai hal ini tapi jujurnya, saya ingin menjadi orang yang berdiri di pentas itu, menyampaikan lagu tersebut. Lagipun, hanya sebuah lagu saja dan saya akan mengambil ‘painkillers‘ pada malam itu. Saya tak nafikan, dalam masa beberapa hari ini saya akan berasa tertekan dan keletihan dengan sesi latihan. It’s an endurance test, all down to mental preparation,” katanya bila ditemui GUA petang tadi di Sri Pentas.

Tetapi, berbaloi ke pengorbanan Faizal bila nyawa sendiri yang dipertaruhkan?

You can say it’s not worth it, putting my health at risk. Tapi apa yang berlaku selepas itu, akan berlaku. Saya pun tak tahu jika saya dapat melakukan ini lagi. Keputusan saya sebagai memenuhi satu tanggungjawab, memandangkan lagu itu sudah sampai ke final AJL,” ujarnya yang memberitahu isterinya juga tidak dapat menghalangnya dari membuat sesuatu jika itu yang diinginkannya.

Salahkan diri sendiri
Kelihatan lesu dan masih memerlukan sokongan tongkat bila berjalan, Faizal memberitahu dia hanya akan mengetahui jika sudah pulih sepenuhnya selepas enam bulan. Sehingga itu, dia perlu mengambil ubat setiap hari dan ke hospital selang seminggu untuk pemeriksaan.

Kerana penyakitnya, dia tidak boleh berdiri atau berjalan terlalu lama dan bila duduk, tidak boleh di posisi yang sama terlalu lama. Dia juga tidak boleh terlalu agresif kerana bimbang darah bekunya akan pecah.

“Apa yang terjadi ini, saya hanya salahkan diri sendiri. Mungkin apa yang berlaku disebabkan saya nakal, degil dan tidak menjaga diri saya dengan sebaiknya. Berjaga malam, adakalanya hanya tidur empat jam sehari…

“Saya percaya penyakit DVT ini timbul kerana saya terlalu teruja nak menembus balik masa yang terhilang dengan membuat ‘show‘ dan merakam album, ekoran dari kecederaan lutut saya sehingga saya ponteng sesi fisioterapi untuk dua bulan.”

Tidak teruja menanti AJL24
Berkenaan persembahannya pada AJL24 nanti, Faizal berharap persembahan yang diberikan adalah yang terbaik darinya.

“Sebelum saya jatuh sakit hari tu, saya ada merancang sesuatu tetapi saya terpaksa batalkan melihat keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Yang dapat saya katakan, saya akan membuat apa yang saya rasakan mampu.”

Ditanya jika terasa tekanan untuk mengulangi kejayaannya di AJL23, di mana Faizal berjaya merangkul tiga anugerah – Juara Kategori Balada, Vokal dan Persembahan Terbaik – pada malam 10 Januari ini, jawabnya, “Sebenarnya, saya tak rasa tertekan pun untuk menang.

I don’t want to sound bad but I’m not as excited to do this AJL compared to last year’s. Saya banyak dengar cerita tentang finalis lain yang memang ‘all out‘ dalam persediaan mereka, berlatih setiap hari, pergi ke gim tapi saya hanya mampu duduk di rumah dan main PS3.

“Yang bermain di fikiran saya sekarang ini selain isu kesihatan, adalah album saya. Tapi jangan salah anggap. Saya hendak melakukannya (beraksi di AJL24) dan ia bukan kerana terpaksa. Harapan saya agar dapat memulakan tahun ini dengan satu permulaan yang baik. Tetapi saya memang susah hati bila saya tidak dapat menyiapkan album saya disebabkan kesihatan saya.”

Tak tahu jika album kedua akan diterima
Sudah dua tahun sejak album solo sulungnya, ‘Aku.Muzik.Kamu’ diriliskan. Bukan saja peminat yang ternanti-nanti tetapi Faizal juga tidak sabar melihat album keduanya itu dipasarkan. Tetapi semua perancangannya tergendala apabila dibelenggu dengan masalah kesihatan.

Setakat ini, album tersebut sudah 50% siap, di mana enam lagu telah dirakamkan. Meskipun album itu sudah dilancarkan untuk muatturun digital, namun Faizal berharap dapat menambah tiga hingga empat lagu lagi agar ia dapat dikeluarkan sebagai album penuh. Perancangannya adalah untuk menyiapkan album itu dalam masa sebulan.

“Saya lega album itu sempat dikeluarkan sebelum 31 Disember lalu bagi melayakkannya untuk pencalonan ke AIM (Anugerah Industri Muzik). Seperti semua maklum, syarat baru AIM untuk album yang layak bertanding adalah mempunyai sekurang-kurangnya lima lagu.

“Ada teman yang bertanya, mengapa tidak saja meriliskan album itu di pasaran memandangkan saya pun dah ada enam lagu. Tapi itu bukan cara saya. Pada saya, itu menipu namanya, menipu peminat.”

Ditulis sepenuhnya oleh Faizal dan Audi Mok, album itu, menurut Faizal, merupakan satu loncatan baginya berbanding album pertama.

“Maksud loncatan itu dari segi muzik dan mental, bagaimana kami (Audi dan dirinya) melahirkan lagu-lagu tersebut dan menerbitkan album ini. Saya dan Audi banyak mengambil risiko dengan album ini. Tetapi, para peminat mungkin tidak merasakan album ini karya terbaik saya. Saya tidak tahu jika ia akan diterima baik oleh mereka.”

Jelasnya, album kedua ini berlainan sekali dengan album pertama. Fokusnya tidak lagi pada membuktikan kemantapan vokal mahupun bakatnya sebagai pemuzik, sebaliknya yang ditekankan adalah melodi dan irama. Jika album terdahulu lebih mirip gaya Queen dan Van Halen, Faizal menggambarkan album ini sebagai “more ballsy” dan peminat akan mengambil masa untuk menerima album tersebut.

I don’t want to be stagnant, saya mahu bergerak ke depan. Mendengar album ini dan rekod pertama saya, saya terasa diri ini sudah seperti ‘old school and irrelevant‘. Objektif kami untuk album ini adalah untuk menghasilkan sebuah album yang relevan di masa kini, apa yang diingini para peminat muzik.

“Yang mengujakan saya tentang album ini ialah saya percaya ia mampu membawa muzik saya ke tahap yang baru dan menarik minat peminat-peminat baru. Sebagai pemuzik, kita perlu relevan. Semasa kecil, sudah pasti kita ingin terikut dengan gaya dan bunyi idola kita tetapi jika anda ingin memastikan kerjaya yang berpanjangan, ‘you have to do your own thing‘.”

by Li Ee Kee (gua.com.my)

Written by Langit Biru

Januari 5, 2010 pada 12:37 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. tke care BB…

    aziema hajime

    Mac 26, 2010 at 3:20 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: