Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[10.01.07] Big Bang diiktiraf di Jepun

leave a comment »

LIMA anak muda yang merupakan anggota kumpulan Big Bang telah dianugerahkan sebagai Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Rakaman Jepun ke-51 minggu lalu.

Salah seorang ahli Big Bang D-Lite, 20, memberi ucapan dalam bahasa Jepun dengan fasih dan berkata: “Kami tidak jangka akan menerima anugerah besar seperti ini, tangan saya pun masih menggigil saat naik ke pentas.”

Sejak melahirkan album sulung, Big Bang telah memenangi 35 anugerah dalam industri muzik di Korea Selatan sebelum berjaya menakluk industri muzik Jepun.

Vokalis kumpulan itu, Sol, 21, berterima kasih kepada peminat mereka di Jepun kerana selalu menyokong apa sahaja yang dilakukan Big Bang.

“Harap anda terus menyokong Big Bang kerana kami akan cuba yang terbaik pada masa depan,” katanya.

Big Bang dikenali kerana kebolehan menyanyi dan menari selain sering berada di kedudukan teratas carta lagu di radio selepas meluncurkan single pertama yang berjudul My Heaven pada Jun tahun lalu.

Setelah itu, mereka terus mengecapi kejayaan apabila dua lagi lagu single mereka dilancarkan. Album penuh pertama mereka yang dipasarkan tidak lama kemudian turut mendapat sambutan di Korea dan Jepun.

Sumber: Kosmo Online!

Written by Langit Biru

Januari 7, 2010 pada 12:21 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: