Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[08.01.10] Faizal Tahir : Semangat dalam derita

with one comment

Faizal Tahir tekad buat persembahan terbaik biarpun masih sakit

TIDAK mahu peminat yang mengundi hingga berjaya melangkah ke separuh akhir hampa, Faizal Tahir akan mendendangkan sendiri lagu Bencinta ciptaan dirinya sendiri dan Audi Mok, pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 yang berlangsung Ahad ini, di Stadium Putra Bukit Jalil.

Keputusan membuat persembahan pada malam itu juga bukan disebabkan tidak percaya kepada kemampuan Shila yang memikul tugas berkenaan pada peringkat separuh akhir. Kata Faizal, dia mahu beraksi pada acara kemuncak itu atas rasa tanggungjawab kepada peminat.

Malahan keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu Bencinta dibuat seminggu yang lalu selepas berasakan kesihatannya bertambah baik, walaupun pada hakikatnya dia masih lagi bergantung kepada ubat-ubatan hingga kini. Bukan itu saja, dia juga perlu bergantung kepada tongkat ketika berjalan kerana masih belum mampu berdiri dengan stabil.

Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Faizal berkata, tiada gimik dilakukan pada malam itu nanti. Persembahannya hanya sebuah penampilan biasa, tetapi diserikan dengan kehadiran penari latar supaya tidak kelihatan terlalu kosong.

“Sebelum sakit, kami memang merancang mahu buat persembahan yang gempak. Tapi sejak keadaan kesihatan agak teruk, saya malas nak fikir mengenai AJL. Saya langsung tak berlatih, saya hanya duduk berehat saja di rumah.

“Susunan lagu pun kami tak sentuh dan hanya kekalkan susunan muzik yang sama. Saya memang nak santai saja kerana yang penting bagi saya adalah penghayatan. Persembahan tak hebat pun tidak mengapa, asalkan saya dapat berada di sana kerana ini adalah tanggungjawab yang peminat amanahkan buat saya.

“Memang pemikiran saya tidak ke arah itu, saya sangat tenang malah tidak merasakan langsung tekanan AJL. Saya pun tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang pada malam itu kerana yang penting seperti saya katakan tadi, saya mahu berada di sana,” katanya yang masih lagi belum sihat sepenuhnya selepas didiagnos menghidap DBT iaitu saluran urat tersumbat kerana darah beku.

Kata Faizal, keputusan apakah sebenarnya penyakit yang dihidapi hanya diketahui enam bulan lagi. Justeru, ketika ini dia perlu bergantung kepada ubat setiap masa bagi mengelakkan darahnya daripada membeku semula hingga boleh mengancam nyawa.

Sikap sambil lewa tidak menghadiri sesi fisioterapi selepas menjalani pembedahan lutut pada Ramadan lalu membawa akibat buruk kepada Faizal. Disebabkan itu, dia perlu bergantung kepada ubat sepanjang masa.

Sebelum ini, Faizal perlu menyuntik ubat pada perutnya setiap hari tetapi akibat terlalu banyak kesan suntikan, perutnya membengkak lalu dia diberikan pil.

Walaupun sudah kembali memenuhi undangan nyanyian, Faizal sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya. Doktor mengarahkan dia berehat selama dua bulan tetapi bapa muda ini tidak betah duduk diam di rumah.

Faizal mengakui, sejak keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, pendapatannya turut terjejas menyebabkan dia mengejar undangan persembahan yang diberikan kepadanya selepas pembedahan lutut tempoh hari. Akibat terlalu mementingkan wang, Faizal menjerat dirinya sendiri apabila menderita sakit.

Hikmah di sebalik sakit

WALAUPUN lebih dua bulan Faizal Tahir menyepi, tetapi namanya tetap tidak dapat lari daripada dipalit cerita kurang enak. Terbaru, rumah tangganya sekali lagi dilaporkan bergolak.

Ditanya mengenai perkara itu, Faizal nyata tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa kerana hakikatnya sejak keadaan kesihatannya terjejas, hubungan bersama isteri dan anak-anak bertambah kuat. Apa lagi, isterinya adalah orang yang sentiasa berada di sisi menemani dan meniupkan kata-kata semangat untuknya.

“Saya rasa orang yang menyebarkan cerita itu kena datang dan lihat sendiri bagaimana kehidupan kami sekeluarga. Saya tak pernah ada masalah dengan isteri, kami sangat bahagia. Terus terang saya tak tahu bagaimana cerita begini boleh timbul.

“Jika betul rumah tangga saya bermasalah, saya sendiri akan hebahkan kerana saya seorang yang terbuka. Nak tahu betul atau tidak, mereka boleh tanya jiran-jiran saya kerana setiap minggu walau dalam keadaan sakit sekalipun, saya masih bawa keluarga keluar berjalan-jalan.

“Saya juga anggap mungkin ada hikmah di sebalik kesakitan yang diturunkan kepada saya kerana ia menyebabkan rumah tangga saya menjadi bertambah erat,” katanya.

Dalam pada itu, ramai juga yang bersungut susah nak mendapatkan Faizal Tahir. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tidak pernah dibalas, panggilan telefon pula jauh sekali hendak dijawabnya. Apa sudah jadi dengan penyanyi ini? Kenapakah dia begitu sukar menjawab telefonnya?

Jelas penyanyi itu membetulkan keadaan, dia bukan kekwat (berlagak) atau sukar dihubungi tetapi sejak sakit memang susah menjawab panggilan telefon kerana tidak mahu diganggu. Malah Faizal berkata, mereka menelefonnya pada waktu yang salah.

“Sejak sakit saya jarang menghidupkan telefon kerana tak mahu diganggu. Kalau sehari satu atau dua panggilan saja tak apalah, sebaliknya kadang-kadang 10 hingga 20 panggilan saya terima. Dengan keadaan begini, siapa yang larat nak jawab.

“Orang yang kenal tahu sama ada saya kekwat atau tidak. Saya bukan sengaja buat begitu, tetapi mereka telefon tidak kena waktu,” katanya.

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my

Written by Langit Biru

Januari 8, 2010 pada 8:42 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. be strong ya….

    aziema hajime

    Mac 26, 2010 at 3:18 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: