Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[11.01.10] Yuna Tidak Lagi ‘Undergound’

leave a comment »

Dua tahun lalu, nama Yuna hanya dikenali pengikut muzik artis indie. Tetapi pada malam Ahad lalu, dia secara sahnya melangkah dari dunia indie ke arus perdana apabila mencatat kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24). Lagu tulisannya sendiri, “Dan Sebenarnya” dipilih panel juri sebagai naib juara AJL24.

Memberitahu masih terasa pelik dengan pencalonannya, tidak terlintas pun di fikiran tentang soal menang.

“(Kemenangan ini) memang tidak dijangka. Dapat tercalon sudah sesuatu yang ‘surreal‘, istimewa. Menang itu satu bonus. Untuk berada di pentas AJL sudah cukup ‘Whoa!’ dan berkongsi pentas dengan artis-artis berkaliber seperti Faizal Tahir, Alyah dan Misha Omar, it’s amazing. Tak terkata saya,” luah Yuna.

Diakui gadis berusia 23 tahun ini, kemenangan ini bererti dia tidak lagi boleh dilihat sebagai pemuzik ‘underground’.

“Selepas ini, saya akan rasa tekanannya. Saya bukan lagi seorang ‘underground musician’ tetapi seorang ‘singer-songwriter’ yang mempunyai sebuah band. Saya perlu berusaha lebih bersungguh-sungguh, mencuba benda-benda baru dan bereksperimen. Saya melihat ini sebagai peluang untuk mencuba sesuatu yang lebih baik dan besar, sesuatu yang hanya saya mampu impikan selama ini.”

“Dan Sebenarnya” mula kedengaran di corong-corong radio kurang setahun lalu. Yuna tidak menjangka satu-satunya lagu Bahasa Melayunya itu akan merekod pencapaian yang begitu cemerlang.

Mula berjinak menulis lagu empat tahun lalu dan sehingga kini sudah mempunyai lebih 30 buah lagu dalam simpanan, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini melihat penerimaan “Dan Sebenarnya” sebagai peluang untuk peminat muzik yang sebelum ini hanya mengenali lagu itu, untuk mendengar karya-karya bahasa Inggerisnya.

Dan satu lagi berita baik buat peminat Yuna, dia sudah di lamar satu label dari Amerika Syarikat. Walaupun mereka masih pada tahap perbincangan, namun jika ada rezeki, anak Malaysia ini akan melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa.

by Li Ee Kee (gua.com.my)

Written by Langit Biru

Januari 12, 2010 pada 9:28 am

Dikirim dalam Berita, Muzik

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: