Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[12.01.10] Yuna Dilamar Label Amerika Syarikat

leave a comment »

KL, 12 JANUARI 2010: Bangga sungguh Murai Batu melihat pencapaian Yuna, 23, dalam Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) yang baru berlalu. Bukan sekadar pandai menyanyi, Yuna juga seorang komposer, penulis lirik dan singing musician yang sangat convincing. Penampilan Yuna dengan tudung kontemporari itu membuatkan dia punya X-Factor yang hebat dan sekali fikir, bakat Yuna lebih kurang macam Aizat versi perempuan.

Lepas habis AJL24, Murai Batu dengar cerita menarik pula tentang Yuna. Apa tidaknya, dia khabarnya telah dilamar oleh satu label antarabangsa yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS).

Murai Batu difahamkan, ketika ini perbincangan sudah dbuat dan kita masih belum tahu adakah lamaran itu akan berjaya atau sebaliknya. Biasalah perkara sebegini akan mengambil masa dan kalau ada rezeki yang satu bonus yang hebat buat Yuna. Kalau tidak berjaya pun, ia tetap menunjukkan pihak di luar sana mula memandang bakat penyanyi kita.

Yuna yang juga pelajar jurusan Undang-undang dari UiTM, Shah Alam, tentunya Yuna ada perancangan masa depan yang mantap kerana dia juga mempunyai ilmu di dada. Murai Batu harap akan ada lebih ramai penyanyi kita yang bijak macam Yuna. Dengan erti kata lain latar belakang pengajian Yuna sama macam Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad yang dulunya pelajar jurusan Undang-Undang juga. Syabas Yuna!

Sumber: murai.com.my

Written by Langit Biru

Januari 14, 2010 pada 9:32 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: