Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[15.01.10] Wonder Girls : Sedia ke Hollywood

leave a comment »

KETIKA ini, lagu Nobody dendangan Wonder Girls (WG) mencetuskan fenomena di kalangan pendengar muzik tempatan. Bahkan ia turut mendapat liputan meluas stesen radio di seluruh dunia.

Apa yang menariknya mengenai kumpulan yang diterajui So Hee, Yoo Bin, Ye Eun, Sun Ye dan Sun Mi, mereka bukan saja jelita, memiliki vokal yang hebat, tetapi gerak tari memukau sehingga digelar ‘Korean Pussycats Dolls‘.

Justeru, tidak hairanlah mengapa populariti ditempa mereka berlaku secara mendadak sekali gus meraih kejayaan demi kejayaan sekelip mata dan baru saja dinobatkan Artis Terbaik Tahun Ini dalam anugerah Daesangs.

Pengalaman beraksi di pentas hiburan secara profesional yang baru berusia dua tahun, sudah cukup meyakinkan Jonas Group untuk bekerjasama dengan syarikat pengurusan bakat JYP Entertainment membawa mereka ke pentas Hollywood.

Turut menaungi syarikat berkenaan adalah kumpulan trio yang cukup digilai ramai, Jonas Brothers. Pelantikan itu sekali gus melakar sejarah tersendiri buat WG apabila satu-satunya artis Korea yang berjaya mencipta nama di Hollywood.

Sun Ye selaku penyanyi utama juga jurucakap WG berkata, mereka sudah membuat persiapan untuk berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjalankan promosi album WG yang diaturkan March nanti.

“Tidak dinafikan kami cukup gementar dan pada masa sama sangat teruja kerana akan menjejakkan kaki ke Hollywood. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah diimpikan.

“Sebagai pencinta muzik kami berlima hanya mahu berkongsi minat nyanyian. Langsung tidak pernah terfikir atau membuat persiapan mental dan fizikal untuk menjadi artis terkenal walaupun sedar program itu membawa perubahan besar dalam hidup kami.

“Sebagai warga Korea, kami tiada masalah beraksi di hadapan peminat di negara kami sendiri, tetapi di Hollywood kami tidak dapat membayangkannya.

“Namun, yang pasti kami akan menjayakan peluang ini sebaik mungkin,” katanya. Menyingkap permulaan karier mereka, WG ditubuhkan sekitar 2007. Semua anggota kumpulan ini di uji bakat melalui program MTV Wonder Girls.

Ye Eun, peserta terakhir diserapkan sebagai anggota kelima. Tidak lama selepas memperoleh Ye Eun, WG terikat dengan persembahan mini di MTV Studio.

Menerusi persembahan itu, mereka menyampaikan lagu Don’t Cha yang dipopularkan Pussycat Dolls termasuk single hit dipetik daripada album pertama The Wonder Years, Irony.

Sun Ye turut melakukan persembahan secara solo ketika menyampaikan lagu Stand Up For Love (Destiny Child) manakala Hyuna mempamerkan kehebatannya menari secara solo. Sementara Ye Eun, Sun Mi dan So Hee mempersembahkan lagu Together Again (Janet Jackson).

Selama setahun bekerja keras mencipta nama, Hyuna akhirnya terpaksa menarik diri daripada WG atas masalah kesihatan lalu tempatnya digantikan Yoo Bin yang juga diserap melalui proses uji bakat.

Tidak hanya hebat di pentas, WG juga pernah merangkul pelbagai anugerah antaranya Kumpulan Terbaik Wanita, Lagu Terbaik Tahun ini dan Muzik Video Terbaik di dalam anugerah MNet KM Music Festival. Selain itu, mereka pernah menerima anugerah jualan digital tertinggi melalui anugerah Golden Disk Awards pada 2008.

Pada 2009, WG muncul dengan single terbaru Nobody dan percaturan mereka melancarkan single berkenaan nyata membawa tuah apabila berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

WG satu-satunya artis dari Korea yang berjaya disenaraikan dalam senarai Billboard Hot 100. Bahkan turut disebut oleh sebuah syarikat pengiklanan Amerika antara 100 perkara yang harus disaksikan sepanjang 2010.

“Februari nanti kami akan mengadakan konsert terbesar buat pertama kalinya di Korea diikuti Amerika pada Mac. Memang kami terasa beban sekarang ini.

“Melalui pengurusan kami, JYP di Amerika kami sudah bersedia. Kami juga sudah sedia berhijrah ke Hollywood untuk melancarkan karier nyanyian secara besar-besaran di sana.

“Ketika ini kami kerap membuat latihan, terikat dengan kelas vokal serta kelas bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi persembahan dan pertuturan kami,” katanya.

Mengenai persediaan yang bakal dihadapi, Sun Ye dan anggota WG yang lain mengakui mereka tidak gentar kerana yakin mereka mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki mana-mana kumpulan di Korea mahupun Amerika.

“Kami mempunyai keunikan gerak tari yang tersendiri. Imej yang elegan dan klasik. Kehadiran kami buat bukan untuk bersaing dengan kumpulan sedia ada sebaliknya memeriahkan lagi persada seni antarabangsa dengan menawarkan cita rasa muzik yang berbeza.

“Jika kami tidak bagus, tidak mungkin kami memperoleh peluang ini. Kami mahu membuatkan masyarakat di Korea berbangga dan seluruh penduduk di Asia juga,” katanya.

Susunan Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Walaupun terdapat beberapa kesalahan fakta tapi boleh diperbaiki lagi.

Written by Langit Biru

Januari 15, 2010 pada 9:26 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: