Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Konsert Super Junior Di KL Mac Ini

with 6 comments

Kumpulan ‘boyband’ paling hangat dari Korea, Super Junior akan mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia, ‘Super Show 2 Live in Malaysia 2010’ pada 20 Mac, jam 7 malam, di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Terkenal dengan kelincahan pergerakan dan persembahan bertenaga mereka, Super Junior menjanjikan satu persembahan yang tidak akan dilupai para peminat. Kunjungan terakhir mereka ke Malaysia adalah ketika MTV Asia Awards dua tahun lalu.

Ditubuhkan pada Sept 2005, Super Junior sehingga kini sudah mengeluarkan 19 album termasuk album runut bunyi. Super Junior sebenarnya merangkumi beberapa sub-group lain, iaitu Super Junior-KRY, Super Junior-M dan Super Junior-Happy bagi memenuhi keperluan pasaran yang berlainan.

Satu tempoh pra-jualan akan diadakan dari 18 Jan (bermula 11 pagi) hingga 29 Jan. Tiket dijual pada harga RM138, RM238 (tempat duduk bernombor) dan RM458 (tempat duduk bernombor dan ‘rock pit’), dan boleh dibeli di T-Hop Zone, Tingkat 6, Sungei Wang Plaza (depan Green-Box Karaoke). Untuk setiap dua tiket yang dibeli, peminat akan menerima satu poster besar keluaran khas, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari www.marctensia.com / www.axcess.com.my atau hubungi 03-20921199 (Marctensia Hotline) / 03-77115000 (Axcess Hotline).

‘Super Show 2 Live in Malaysia 2010’ adalah anjuran Redstar Presents, diuruskan oleh Marctensia dan Warner Music selaku label rakaman.

by Li Ee Kee | 15 Jan 2010 (gua.com.my)

Nak pergi… nak pergi… nak tengok HeeChul.

Written by Langit Biru

Januari 15, 2010 pada 9:48 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

6 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. jom jom jom…^^

    Shiningstars

    Januari 17, 2010 at 10:17 pm

  2. I’m going!!~ XD

    suki382

    Februari 8, 2010 at 1:42 am

  3. i like your team..

    ara

    Mac 16, 2010 at 1:45 am

  4. salam. saya org brunei nak tanya sikit. super junior buat konsert ni ada tak tayangan kat tv? sebab sayang la plak tak tengok diorang ni.

    sal

    Mac 20, 2010 at 5:24 pm

  5. Memang tak keluar TV rasanya. Mungkin akan keluar DVD konsert. Harap-harap lah. Sebab nampak kat stadium semalam ada kru yang amik video. Kena pergi konsert Super Junior ni. Next in Filipina.

    Langit Biru

    Mac 21, 2010 at 1:15 pm

  6. team korang memang best…

    amanina

    April 19, 2010 at 3:52 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: