Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Ledakan populariti Hyun Joong

leave a comment »

JEJAKA berusia 24 tahun bernama Kim Hyun Joong ini bukan sahaja dikenali sebagai ketua band pop SS501 tetapi juga Yoon Ji Hoo, wataknya dalam drama bersiri popular Boys Over Flowers yang kini hangat ditayangkan di 8TV.

Namun, tidak ramai yang tahu perjalanan seninya yang dimulai pada tahun 2005 tidak semudah disangka. Dia pernah menangguhkan pengajiannya di sekolah tinggi selama setahun demi mendalami ilmu muzik.

Dia juga pernah melarikan diri dari rumah sebanyak dua kali kerana keluarganya menentang keras impiannya yang ketika itu ingin bergelar seorang pemain bass dalam sebuah band rock selepas membeli album kedua Seo Taeji & Boys.

Meskipun ditentang dan tidak mendapat sokongan daripada keluarganya, impiannya untuk bergelar seorang pemuzik tidak pernah padam.

Ketika masih bersekolah, dia telah bekerja separuh masa di restauran demi mengumpul wang untuk membeli gitar dan sehingga kini tabiat menyimpan duit terus tersemat dalam dirinya.

“Saya telah mendidik diri sendiri bagaimana untuk hidup dalam masyarakat. Walaupun ketika itu, usia saya terlalu muda untuk memahami semua masalah orang dewasa.

“Bagi saya setiap minit yang berlalu adalah wang. Jadi sejak dari belasan tahun sehingga hari ini, saya bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wang yang banyak berbanding orang lain.

“Kehidupan saya tidak sama seperti rakan-rakan seusia yang lebih gemar berhibur dan sibuk belajar di kolej atau universiti. Ketika mereka sibuk dengan hal orang muda, saya sudah sibuk mencari duit, jadi saya tidak pernah buat perkara yang tidak mendatangkan faedah,” katanya.

Menjadi matang sebelum usia, semuanya gara-gara kehidupan sukar yang terpaksa dilalui oleh Hyun Joong kerana memilih bidang yang tidak direstui oleh keluarganya.

Dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya. Lihatlah nama Hyun Joong hari ini. Tidak menyangka, impiannya dulu untuk bersama band rock bertukar kepada band pop yang mempersembahkan nyanyian dan tarian seterusnya sebagai seorang pelakon, model dan juga ikon remaja baru Asia.

Hyun Joong – Yoon Ji Hoo, berbeza

Diakui, Hyun Joong memang cukup popular di Asia bersama bandnya tetapi, semuanya selepas dia terlibat dalam program realiti We Got Married bersama penyanyi Hwang Bo yang dipasangkan sebagai suami isteri dalam program tersebut.

Dek kerana program itu juga pengarah drama bersiri Boys Over Flowers tertarik dengan karakter bersahajanya lalu menawarkan watak Ji Hoo yang seterusnya telah membuka pintu yang cukup mudah buatnya.

Drama bersiri tersebut mencetuskan fenomena bukan di Korea malah Jepun, Malaysia, Singapura, Thailand dan beberapa negara Asia yang lain.

Karakternya dalam drama itu cukup memikat jiwa wanita apabila digambarkan sebagai seorang cucu bekas presiden yang kaya, budiman dan pendiam tetapi mengambil berat terhadap orang sekeliling.

Tutur Hyun Joong, meskipun wataknya dalam drama itu sebagai seorang yang mempelajari muzik tetapi hakikat yang sebenarnya, watak itu dan Ji Hoo cukup berbeza.

HYUN JOONG mengakui kurang pakar berbicara dengan golongan wanita.

“Saya tidak boleh bertutur dengan wanita seperti mana Ji Hoo yang terbuka dengan perasaannya. Ji Hoo suka memberi kata-kata romantik tetapi tidak saya.

“Semua anggota lain, tergelak apabila melihat aksi saya di kaca televisyen. Terutama adegan yang ada babak yang memerlukan saya bercakap dalam bahasa penuh romantik,” ujarnya tentang drama pertamanya itu.

Habis sahaja penggambaran drama Boys Over Flowers, penerimaan peminat terhadap jejaka yang juga boleh bermain piano dan gitar ini tidak sama seperti dulu. Popularitinya mengalahkan aktor sedia ada, malah, dia juga merangkul beberapa anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik dan dilantik menjadi model dan duta 13 jenis produk.

“Populariti tidak datang dengan sendiri tanpa usaha keras. Tidak cukup tidur dan keletihan perkara biasa. Bagaimanapun ia bukan satu tabiat baik apabila saya disahkan menghidap insomnia yang menyebabkan saya sukar untuk tidur malam.

“Penyakit itu menyebabkan saya sentiasa keletihan kerana tidak cukup tidur dan terpaksa bangun awal pagi untuk bekerja. Bagi menjamin kesihatan, saya cuba mengubah cara kehidupan yang lebih sihat,” ungkap anak bongsu daripada dua beradik ini lagi.

Jadual hariannya bertambah padat dari kebiasaan. Tetapi sudah moto hidupnya biar sibuk asalkan mendapat pulangan lumayan menyebabkan dia terus sibuk dengan single terbaru band SS501 yang cukup unik apabila masing-masing muncul dengan lagu solo.

Seterusnya Hyun Joong bersama anggota SS501 yang lain mengadakan konsert Persona Asian Tour pertama mereka yang bermula pada pertengahan Ogos 2009 dan Malaysia turut tersenarai dalam lokasi konsert yang sehingga kini belum disahkan tarikhnya.

Sedang sibuk dengan konsert, pada September tahun lalu Hyun Joong mencuri masa ke Jepun untuk mempromosikan drama Boys Over Flowers tetapi malangnya ketika dunia sedang hangat dengan virus H1N1, Hyun Joong juga dijangkiti virus tersebut dan terpaksa merehatkan diri dari segala aktiviti seni.

Berita itu cukup membimbangkan keluarga, syarikat pengurusan Daesung Entertainment dan peminatnya. Selepas dibenarkan keluar hospital tanpa membuang dia terus menjalani latihan untuk album terbaru mereka yang berjudul Rebirth.

Kini, SS501 hangat dengan lagu single, Love Like This yang telah berjaya menguasai banyak carta di Korea. Meskipun sudah meraih populariti tetapi Hyun Joong tetap berpijak di bumi yang nyata.

Dia tidak memasang angan-angan untuk menjadi seorang yang terlalu terkenal, katanya, cukuplah sekadar mampu menanggung keluarga dan menjalani kehidupan dengan gembira.

“Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini, mempunyai keluarga yang menyokong dan rakan-rakan yang setia di sisi menyebabkan saya mahu bekerja lebih keras.

“Mungkin hari ini saya popular dan berjaya tetapi pada masa tiada siapa yang tahu bagaimana perjalanan kehidupan saya kelak. Sebab itu selagi saya mendapat permintaan dan mampu menghiburkan hati peminat selagi itu saya akan berada dalam industri seni,” luahnya.

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my (23.01.2010)

Written by Langit Biru

Januari 23, 2010 pada 9:24 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: