Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo di SBS Gayo Daejun

leave a comment »

Pada setiap hujung tahun, stesen TV utama di Korea akan mengadakan rancangan hiburan istimewa di mana selama tiga hari para penyanyi akan membuat persembahan di stesen tv tersebut. Saya memang kagum dan hormat kepada semua artis yang mengambil bahagian. Bayangkan jika seorang penyanyi terlibat untuk membuat persembahan di ketiga-tiga stesen TV tersebut. Mesti perlukan persiapan dan latihan yang secukupnya.

Ini ialah gambar di sebalik SBS Gayo Daejun yang berlangsung pada 29 Disember 2009. Stesen TV SBS kali ini mempunyai rancangan yang menarik sekali.

Rasanya ini sewaktu latihan sebab TaeWoo seorang je yang berpakaian penuh. Artis yang lain masih lagi dalam pakaian biasa. Sebelah Tae Woo tu Chang Min (2AM). Comelnya dia. Tapi yang sebelah kanan tu macam TaecYeon dari 2PM.

Kim Tae Woo telah membuat persembahan bersama dengan penyanyi baru iaitu K.will, JunSu (2PM), Onew (SHINee) menyanyikan lagu-lagu medley god.

Memang-lah menarik tapi saya menangis bila tengok persembahan ini sebab tak boleh dibandingkan dengan penyanyi asal iaitu god. Tak biasa rasanya melihat Kim Tae Woo menyanyikan lagu ini bersama dengan penyanyi lain selain god.

Para artis mempunyai tempat duduk khas di mana mereka juga dapat melihat artis lain membuat persembahan. Boleh nampak yang Kim Tae Woo turut memberi sokongan kepada penyanyi lain. Kim Tae Woo jelas kelihatan kerana dia paling tinggi, besar, segak dan paling tua sekali di situ.

Written by Langit Biru

Januari 24, 2010 pada 9:26 am

Dikirim dalam Gambar, Persembahan TV, Video

Tagged with , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: