Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Telan Pradaxa RM13 Setiap Hari!

leave a comment »

KUALA LUMPUR, 29 JAN 2010: “Setiap hari, saya terpaksa  telan pil Pradaxa bernilai RM13 sebiji. Saya juga adalah orang yang terawal menggunakan ubat ini,”  keluh Faizal Tahir, 32 ketika ditemui di sidang media konsert Satu Suara di Istana Budaya, baru-baru ini.

Penyanyi popular yang digelar Superman Malaysia itu tepaksa menjelaskan situasi dan keadaan dirinya setelah disahkan menghidap penyakit DVT yang boleh mengundang maut. Akibat daripada penyakit itu, Faizal tidak mampu bergerak banyak.

Menurut Faizal, dia sememangnya berhasrat ingin seketi ingin berehat seketika daripada dunia nyanyian. Namun, pada masa yang sama, dia tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penyanyi.

“Saya dapat tahu tentang konsert ini sebelum saya menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lepas. Masa itu, saya masih sihat dan belum disahkan menghidap penyakit ini,” kata Faizal.

Jelas Faizal lagi, dia tidak pernah pun berasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.

“Setiap perjara yang saya buat, saya lakukan dengan gerak hati saya dan apa jua musibah yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa.

“Saya sangat berharap supaya tidak terlalu bergantung dengan pil tahan sakit ini sepertimana yang saya menelan sebiji lakukan pada persembahan AJL lalu. Sebab saya tahu  pil tahan sakit tak elok dan ia boleh memudaratkan kesihatan.

“Tapi, apa boleh buat, itu saja yang mampu saya lakukan. Selain ubat, saya juga menjalani rawatan fisioterapi. Pun begitu, agar sukar bagi saya untuk menjalani rawatam ini  memandangkan jadual saya yang begitu padat,” katanya.

Faizal turut menyedari hakikat sebenar bahawa sakit yang dialaminya iaitu DVT boleh membawa maut.

“Saya minta sangat supaya dijauhkan dari berlaku perkara-perkara yang tak diingini. Kalau terjadi apa-apa dan terpaksa menarik diri di saat akhir, saya harap penganjur akan faham dan mengerti. Famili pun tak cakap apapun, tapi isteri dan anak saya sering memarahi saya kerana kurang menjaga kesihatan,” katanya.

Sambung Faizal lagi, dia juga enggan memberitahu media siapakah yang layak menggantikan dirinya jika sakitnya itu bertambah kronik kelak.

“Sekarang ini, sakit saya amat kronik di bahagian kaki. Sebab itu saya terpaksa menyanyi secara duduk. Tapi, kesannya tetap dirasai di seluruh badan saya. Mudah-mudahan saya akan cepat sembuh,” katanya.

Faizal bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk beraksi dalam konsert ini.

“Tidak kira besar atau kecil sesuatu konsert persembahan itu, bagi saya ia tetap rezeki yang datang secara bergolek. Saya akan cuba lakukan yang terbaik tetapi dengan penyakit yang saya harapi ini, sedikit-sebanyak ia akan turut membantutkan kepuasan saya dalam membuat persembahan,” katanya.

Faizal turut memberitahu yang dia menyukai lagu Dato’ Siti berjudul Dialah Di Hati.

Lagu itu bagi saya sangat unik. Tapi, jangan tanya apakah lagu Dato Siti yang bakal saya nyanyian bersama Aizat nanti. Jawapannya rahsia. Yang pasti, ia bukanlah berentak tradisional atau pop, sebaliknya moderate.

29-Jan-2010 | Oleh: Razif Rosdi (murai.com.my)

Written by Langit Biru

Januari 29, 2010 pada 10:05 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: