Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Februari 2010

[28.02.2010] Wonder Girls kekal unggul

leave a comment »

KUMPULAN remaja, Wonder Girls sedang menghirup populariti apabila diterima di kalangan warga Taiwan dan Hong Kong. Buktinya, apabila album Wonder Girls Special Edition mendapat sambutan yang memberangsangkan selepas diedarkan dua minggu.

Ia sekali gus mengalahkan album Super Junior, F.T Island dan BoA yang turut menjadi kegilaan sebelum ini.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 28, 2010 at 3:42 pm

Dikirim dalam Album, Berita, Muzik

Tagged with

Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 14

leave a comment »

Ini episod yang ketiga belas di mana mereka mendapat seekor anak anjing untuk dibela. Mereka diberikan tugas untuk membina kandang dan memandikan anak anjing tersebut.

Kim Tae Woo, Yuri dan Goo Ha Ra dalam kumpulan yang sama untuk membina kandang tersebut. Ye, lah tu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 28, 2010 at 9:29 am

[11.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Istimewa hari Jumaat bersama dengan Park Jin Young a.k.a Encik JYP. Seorang penyanyi dan produser yang berbakat dan terkenal di Korea. Rain, god, Wonder Girls, 2PM dan 2AM adalah antara anak didik dia yang berjaya.

Banyak perkara yang dibualkan oleh Kim Bum Soo dan Park Jin Young. Ini menjadi bahan berita di Korea dan saya jumpa terjemahan. JYP berkata yang dia dan kumpulan Wonder Girls tidak lagi begitu mesra. Ini kerana kumpulan Wonder Girls sedang melalui proses pembesaran (?). JYP menganggap Wonder Girls seperti anaknya sendiri dan seperti mana anak-anak yang sedang melalui fasa remaja. Mereka tidak mahu kelihatan bersama dengan ibu bapa sendiri. Kelakar betul JYP ni.

JYP juga berkata yang dia suka dan senang bekerja dengan orang yang disukai berbanding dengan mereka yang pandai menyanyi dan antara mereka itu ialah kumpulan god, Wonder Girls, 2AM dan 2PM.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 27, 2010 at 9:33 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with ,

Album digital Faizal Tahir – Adrenalin

with 8 comments

Ini ialah album terbaru dari Faizal Tahir dalam edisi digital di mana pendengar boleh membeli dan memuat turun dari laman web yang sah iaitu dari Digi Music dan Music Unlimited. Tapi saya bukan pengguna perkhidmatan tersebut.

Ini pula ialah kulit album tersebut nampak ringkas kan. Mesti baru letak di laman web ni sebab masa album ini baru di laman web tiada gambar kulit album.

Terdapat lima lagu baru dan satu dalam bentuk akustik. Tapi tak termasuk lagu ‘Bencinta’ dan ‘Selamat Malam’, mungkin lagu-lagu tersebut akan dimasukkan ke dalam album penuh kelak. Kalau macam tu ada lagi tiga lagu baru lah. Nak tambah lagu lagi takpe. Purata satu lagu lebih kurang 4 minit. Kalau 10 lagu dalam 40 minit. Tak sampai satu jam pun, kalau dengan terus lah.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 25, 2010 at 3:09 pm

Dikirim dalam Album, Muzik

Tagged with

[10.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Hari Khamis ialah di mana terdapat persembahan khas yang dapat dilihat secara langsung menerusi Internet tapi saya mesti terlepas dan tidak akan terjumpa klip di Internet. Malam ini tetamu undangan ialah dua penyanyi wanita yang mempunyai bakat yang besar iaitu Jang Hye Jin dan Lee Young Hyun.

Jang Hye Jin ialah seorang penyanyi dan juga pensyarah seni persembahan di universiti tempatan. Dia juga guru vokal untuk beberapa penyanyi popular di Korea. Lee Young Hyun pula ialah dari kumpulan vokal wanita Big Mama yang memang terkenal kerana gabungan suara yang mantap.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 25, 2010 at 9:00 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , ,

[Gosip] Dato’ Siti vs Faizal Tahir

leave a comment »

Sebelum ini ada juga gosip mengenai FT tapi sebab tiada nama yang jelas, saya tak letak lah kat blog ni. Nampak sangat tukang bawak cerita ni tak suka dengan FT. Takde pula baca ulasan dari peminat mengenai ini.

Minggu lalu, ramai yang berpeluang menyaksikan konsert ‘Satu Suara’ di Istana Budaya. Konsert yang menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Cik Andalusia difahamkan semua tiket habis terjual.

Tapi, bukan itu yang Cik Andalusia hendak katakan di sini. Sebaliknya cakap-cakap yang timbul sebaik sahaja konsert itu selesai.

Walaupun konsert itu berjaya menambat hati banyak pihak tetapi masih ada cakap-cakap yang tidak sedap didengar sampai ke telinga Cik Andalusia. Ada yang membeza-bezakan kualiti persembahan Faizal dan Siti.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 24, 2010 at 11:58 pm

Dikirim dalam Umum

Tagged with ,

Carta K-Pop untuk Februari minggu ketiga 2010

leave a comment »

Minggu ini ada beberapa lagu baru memasuki carta. Kali ni mari kita lihat video muzik Korea. Kalau ada video yang tidak dapat dilihat sila tinggalkan komen. Nanti saya akan gantikan dengan yang lain.

Penyanyi di atas ialah Kim Jong Kook. Penyanyi pop balada yang terkenal. Baru sahaja mengeluarkan album terbaru. Dia tinggi, segak, tampan dan lain-lain. Suaranya seperti nyamuk. Kalau ikutkan terjemah Inggeris ialah mosquito voice, tak padan dengan susuk tubuhnya. Tapi dia mempunyai banyak lagu popular dan sedap.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 24, 2010 at 9:00 pm