Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal bukan kena santau

leave a comment »

MESKIPUN sudah menerangkan masalah kesihatan yang dihidapinya, masih ada yang sangsi dan percaya penyanyi berbakat besar, Faizal Tahir terkena buatan orang.

Mulanya, dibiarkan saja spekulasi menerawang, namun semakin hebat ia diperkatakan sehingga membimbangkan ramai pihak akhirnya Faizal bersuara.

“Ada gosip mengatakan saya terkena buatan orang. Terus-terang kondisi kesihatan saya tidak begitu baik kebelakangan ini khususnya penghujung tahun lalu bukan disebabkan masalah buatan orang sebaliknya disebabkan salah saya sendiri yang tidak menjaga kesihatan.

“Makan dan tidur saya tidak menentu kerana terlalu taksub bekerja sampai mengabaikan kesihatan sendiri. Justeru, apa yang berlaku pada diri saya berpunca dari salah saya sendiri.

“Misalnya, sebelum ini selepas menjalani pembedahan ligamen koyak akibat bermain futsal saya sepatutnya menjalani satu lagi rawatan iaitu fisioterapi, tetapi saya sendiri buat tidak endah kerana berasakan keadaan sudah pulih.

“Tidak sangka pula dek kerana tidak menjalani rawatan fisioterapi itu, menyebabkan darah beku merebak ke perut, sekali gus mengakibatkan jangkitan di paru-paru. Itu yang menyebabkan saya terpaksa dimasukkan sekali lagi ke hospital.

“Dengan pengakuan ini saya berharap peminat dan orang di luar sana berhenti membuat spekulasi. Sebagaimana sudah saya dedahkan, penyakit yang saya alami bukan kerana buatan orang, tetapi silap saya sendiri mengabaikan kesihatan,” katanya. Mengakui beransur pulih, Faizal nampaknya bersedia menggegarkan semula persada seni suara bagi 2010 menerusi pembabitannya dalam Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan (OSK) yang julung kali dianjurkan itu bakal mengisi slot program Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 14 Februari 2010.

Konsert yang diterbitkan Siti Nurhaliza Productions (SNP) menyaksikan Faizal bakal bergandingan tangan dengan idolanya, Datuk Siti Nurhaliza serta rakan seperjuangan Aizat.

“Menurut doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan dan jika pulih sepenuhnya barulah saya boleh kembali menyanyi. Walau bagaimanapun, saya sendiri tidak sampai hati mahu menghampakan Siti dan peminat yang menantikan konsert ini. Tambahan pula bukan mudah memperoleh peluang seperti ini. Justeru, mahu tidak mahu saya tekad dan gagahkan jua untuk menjayakan persembahan ini.

“Tidak sekadar menyanyi saya harap dapat menampilkan persembahan yang menarik pada acara itu nanti. Mungkin tidak banyak pergerakan sebelum ini, namun saya mahu memberi fokus pada mainan vokal,” katanya.

Konsert Satu Suara bakal diarahkan Jennifer Thompson berserta tujuh pemuzik profesional di bawah pimpinan Sze Wan bersama OSK.

Oleh Norhadiani Baharom ; yanie@hmetro.com.my ; 2010/02/03

Written by Langit Biru

Februari 3, 2010 pada 9:50 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: