Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Hujan, Search Kongsi Pentas Jelajah Eropah

with one comment

BAND indie Hujan sudah tidak sabar untuk berkolaborasi dengan band ‘otai’ Search di London, Liverpool dan Dublin pada 12 Februari ini.

Hujan ketika melakukan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-24 apabila lagu Aku Skandal tercalon dalam pertandingan itu.

Walaupun kedatangan mereka ke sana hanya sekadar band jemputan, namun Hujan tetap berbangga kerana ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama dalam satu persembahan.

Jika sebelum ini, Hujan dan Search biasanya dipertemukan secara tidak langsung dalam sesebuah persembahan.

Berlainan dengan kali ini, persembahan jelajah Search Live In UK & Ireland di tiga lokasi di Eropah anjuran dan tajaan OrangKita, syarikat promosi di Ireland ini akan lebih mengeratkan hubungan antara Hujan dengan band yang dianggap lebih berpengalaman dan disegani itu.

Jika Search pertama kali ke tiga lokasi itu selepas 30 tahun bertapak dalam industri ini, sama seperti Hujan, mereka juga pertama kali ke lokasi itu. Sebelum ini, Hujan pernah membuat persembahan di United Kingdom.

“Kami teruja apabila dapat bersama-sama membuat persembahan dengan Search. Walaupun membuat persembahan opening, namun kami tetap teruja kerana pertama kalinya dapat berkongsi pentas dengan Search.

“Sekarang, kami sedang membuat persediaan untuk persembahan selama satu jam setengah di sana. Kami akan menyanyikan lagu baru dan lagu lama yang dipopularkan oleh Hujan,” kata pemain keyboard Hang Dimas Santoso mewakili anggota Hujan yang lain.

Hujan juga dianggotai oleh Noh (vokalis), AG Coco (gitaris) dan Am (drum). Kumpulan ini popular dengan lagu Bila Aku Sudah Tiada, Pagi Yang Gelap, Aku Skandal, Dugaannya dan terbaru Kau Harus Ada yang dimuatkan dalam album kedua, Mencari Konklusi.

Dimas berkata, dia menjangkakan persembahan yang menggabungkan Hujan dan Search ini pastinya menghimpunkan para peminat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Hujan sudah pasti diminati oleh ramai golongan remaja dari Malaysia yang berada di sana manakala Search pula sudah lama popular di kalangan semua peringkat umur tidak kira yang tua mahupun yang muda.

Lantas, Dimas dalam nada riang menjangka persembahan ini ibarat menghimpunkan sebuah keluarga.

“Saya rasa persembahan itu dihadiri oleh bapa dan anak yang menonton bersama-sama,” akhirinya.

Sumber : Rabu Februari 3, 2010, Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ (mStar Online)

Written by Langit Biru

Februari 3, 2010 pada 6:47 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with ,

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. best nih tapi bukan dpt tgkpon

    hatimati

    Februari 3, 2010 at 7:13 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: