Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Tiket RM138 & RM238 Konsert Super Junior Habis Dijual

with one comment

Kurang seminggu selepas tempoh pra-jualan dilancarkan, hampir 40% tiket konsert Super Junior ‘Super Show 2 Live in Malaysia 2010’ yang akan berlangsung pada 20 Mac, jam 7 malam bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah dibeli peminat. Lebih mengejutkan, tiket berharga RM138 habis dijual dalam masa dua jam! ?

Walaupun tiket berharga RM138 dan RM238 telah habis dijual, tapi jangan bimbang, tiket berharga RM458 (tempat duduk bernombor atau di kawasan Rock Pitt) masih ada. Dan pada 6 Februari ini, penganjur Redstar Presents dan pihak pengurusan konsert, Marctensia akan mengadakan majlis pelancaran rasmi jualan tiket konsert di ruang legar Sungei Wang, jam 12 tengah hari. Setiap tiket yang dibeli, peminat akan mendapat diskaun sebanyak 15%.

Pada hari itu, sekumpulan penari tempatan yang menggelarkan diri mereka Progression akan mempersembahkan lagu hit Super Junior, “Sorry, Sorry” dan mengadakan bengkel tarian bagi semua peminat SuJu sebagai persiapan untuk mereka menari bersama kumpulan kegilaan ramai itu.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut akan diadakan dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Marctensia: 03-20921199 atau melayari http://www.marctensia.com. Untuk membeli tiket secara online, hubungi hotline Axcess Ticketing (03-77115000) atau layari laman web http://www.axcess.com.my.

Memang sesak semasa hari pertama. Beratur dari pukul 10 pagi tapi dapat tiket pukul 3 petang. Pengalaman kawan saya. Saya takde tiket lagi!!!

Written by Langit Biru

Februari 4, 2010 pada 9:37 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Tapi ada program lebih hebat daripada konsert ni. tiket percuma pulak tu. marilah beramai-ramai memerahkannya. Iaitu program besarkan Tuhan. Lebih hebat, lebih power. Siapa pegi, mereka dapat bonus. syurga Allah.

    kataganti

    Februari 4, 2010 at 10:23 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: