Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Konsert jelajah Son Ho Young dan Kim Tae Woo dapat penaja

leave a comment »

Konsert jelajah Amerika Utara Kim Tae Woo dan Son Ho Young yang berjudul “The First Concert” telah mendapat tajaan daripada dua syarikat besar Amerika iaitu Verizon Wireless dan Hyatt Hotel.

Verizon Wireless ialah syarikat telekomunikasi lebih kurang macam Celcom dan Maxis lah, sementara Hyatt Hotel ni mungkin hotel rasmi mereka.

Menurut wakil dari Verizon Wireless, kenapa mereka berminat untuk menaja konsert jelajah “the First Concert” ini ialah kerana ini peluang yang terbaik untuk mereka menunjukkan kepada syarika Amerika yang lain bahawa terdapat permintaan yang meningkat untuk penghibur Korea di sana. Dia juga menjelaskan yang mereka berusaha keras untuk menjadikan konsert jelajah ini berjaya dan tidak akan dilupakan oleh mereka yang hadir.

Ini pula ialah video dari Son Ho Young dan Kim Tae Woo. Son Ho Young ni boleh bercakap Inggeris. Saja lah tu tak nak cakap. Apa yang saya faham, mereka mempromosikan konsert ini dengan menyebut tarikh dan tempat mereka akan mengadakan konsert.

Kalau lah syarikat korporat di Malaysia juga mempunyai visi yang sama dengan mereka ni kan bagus juga. Pasaran untuk K-Pop di Malaysia cerah kerana terdapat bilangan peminat yang ramai.

Written by Langit Biru

Februari 5, 2010 pada 3:32 pm

Dikirim dalam Berita, Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: