Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Yuna Bersedia Menawan Amerika

leave a comment »

Pada awal bulan Mac depan, Yuna ditemani pembantu peribadinya akan berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan meninjau keadaan di sana, melihat sejauh mana penerimaan peminat muzik di situ terhadap lagu-lagunya. Jika maklum balas yang diterima memberangsangkan, besar kemungkinan anak kelahiran Kuantan, Pahang ini akan menetap di AS dan melebarkan sayapnya di situ.

Sebelum ini, Yuna dikatakan telah dilamar sebuah label dari AS. Label yang dimaksudkan itu merupakan label pengurusan Indie-Pop, yang akan bertanggungjawab menguruskan kerjayanya di sana. Indie-Pop mula mendekati Yuna selepas melihat video-videonya di YouTube.

Mengikut perancangan, tempoh masa dua bulannya di sana akan digunakan untuk ‘test the water‘ melalui beberapa persembahan akustik.

It’s like I’m starting all over again, bermain di ‘acoustic show‘ yang kecil, di hadapan ‘crowd‘ yang kecil. Saya tak tahu nak menjangkakan apa di sana. Perasaan tu, gementar, takut … tapi firasat saya mengatakan semuanya akan berjalan baik.

“Saya bukan seorang yang suka mengambil risiko tetapi ini antara masa dalam hidup saya di mana saya perlu mengambil risiko itu. Tanya mana-mana pemuzik, penyanyi, mereka semua mengimpikan peluang untuk mencatat pencapaian yang lebih besar dan sekarang ini, saya mempunyai peluang itu.

“Malah ibu yang menyuruh saya pergi. Katanya, jika tidak mencuba, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Peluang sebegini hadir sekali dalam seumur hidup,” kata anak tunggal berusia 23 tahun ini yang ditemui selepas majlis terima kasih dan penyerahan cek kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 petang tadi di Sri Pentas, Bandar Utama.

Tambahnya lagi, tidak kira apa hasilnya nanti, dia menghargai peluang memperkenalkan muziknya di pentas antarabangsa dan melihat pendedahan yang bakal diterima sebagai sesuatu yang memanfaatkan dirinya.

“Saya juga melihat kesempatan ini sebagai peluang untuk membuka mata mereka di luar sana kepada apa yang boleh ditawarkan negara kita, bahawa Malaysia mempunyai ramai lagi penyanyi berbakat.”

Imej bertudung bukan satu halangan
Keunikkan graduan jurusan Ijazah Pengajian Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara ini semestinya pada suara dan genre muzik yang dibawa, pop rock, jazz dan bossanova. Lebih mengagumkan bila dilihat imej yang ditampilkan adalah seorang wanita Muslimah bertudung.

Tatkala ditanya jika melihat penampilannya itu satu cabaran buatnya bila di AS, jawabnya, “Bila pihak Indie-Pop membuat tawaran mereka, mereka sudah tahu saya bukan seperti kebanyakan penyanyi lain. Tetapi mereka amat yakin, positif dan memahami tuntutan agama saya.

“Mereka faham saya tidak akan berubah. Fokus mereka adalah pada muzik saya. Itulah sebabnya mengapa saya tertarik untuk bekerjasama dengan mereka,” ujarnya yang sedang dalam proses merakam album sulungnya. Setakat ini, empat buah lagu sudah siap dirakam, tiga daripadanya dalam Bahasa Melayu, sementara lima lagi dalam Bahasa Inggeris.

Tak dapat hadir ABPBH09
Penjelajahan Yuna ke AS bermakna dia tidak dapat menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pertamanya, yang bakal berlangsung pada 4 April ini.

Tercalon dalam dua kategori, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baru Popular, Yuna berkongsi perasaan gembiranya atas pencalonan tersebut. Terutamanya bila digolongkan dalam kategori yang sama seperti Dato’ Siti Nurhaliza (Penyanyi Wanita Popular) dan Tiz Zaqyah (Artis Baru Wanita Popular).

“Saya tidak menjangka akan dicalonkan tetapi saya amat gembira. Saya tidak meletakkan harapan untuk menang, apatah lagi persaingan begitu sengit. Dapat tercalon pun sudah cukup membanggakan,” katanya mengakhiri perbualan.

by Li Ee Kee | 5 Feb 2010 (gua.com.my)

Patutlah lama tak twit. Sibuk rupanya.

Written by Langit Biru

Februari 6, 2010 pada 9:10 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: