Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Saya tak jaja kisah sakit – Faizal Tahir

with one comment

Macam mana dengan keadaan kesihatan Faizal sekarang?

Faizal Tahir: Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya makin baik dan ada perubahan. Tapi itu tak bermakna saya akan dapat beraksi di pentas seperti dahulu. Kena jaga semuanya dan dalam masa yang sama bimbang ia membahayakan kalau saya mengabaikan kesihatan.

Apa kata doktor memandangkan Faizal bakal muncul dengan sebuah konsert berskala besar?

Faizal Tahir: Sebenarnya doktor menasihatkan saya supaya tidak membuat sebarang persembahan pentas kerana bimbang mendatangkan kemudaratan kepada saya. Tapi konsert ini dah lama dijadualkan dan saya juga tidak mahu mengecewakan peminat yang sudah lama menantikannya.

Banyak cerita kesakitan yang Faizal alami, bertongkat dan makan ubat berharga RM13 sebiji dipaparkan. Ramai yang kata Faizal mahu menagih simpati. Apa komen Faizal?

Faizal Tahir: Kalau itulah orang gambarkan tentang saya, apa yang boleh saya katakan? I say it’ cool. Hahaha. Orang boleh buat apa sahaja dakwaan tetapi saya pada akhirnya biar saya sahaja yang tahu. Saya ingin katakan yang saya masih lagi memerlukan tongkat buat masa ini. Ini bukan gimik untuk meraih simpati.

Bukankah lebih baik duduk di rumah sampai sembuh?

Faizal Tahir: Kalau saya duduk rumah pun kena makan ubat. Menyanyi juga kena makan ubat. Saya rasa saya masih lagi mampu melakukan persembahan itu. Jadi apa masalahnya? Saya hanya mahu memberikan yang terbaik kepada peminat yang tak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya.

Konsert ini bukan satu benda yang mudah nak dapat. Saya terharu dengan peluang yang diberikan oleh Siti Nurhaliza Production dan mahu menjadikan konsert ini sebagai batu loncatan untuk saya mengadakan konsert solo pada masa hadapan.

Bagaimana dengan persiapan memandangkan konsert sudah semakin hampir?

Faizal Tahir: Tidak ada apa-apa persiapan yang saya lakukan hanya menumpukan kepada persiapan mental dan kesihatan saya. Di sebabkan masalah kesihatan ini, pergerakan saya sedikit terbatas dan tak boleh bergerak atas pentas. Cuma harapan saya susunan muzik nanti akan membatu sepanjang tiga malam tersebut.

Tak takutkah orang membandingkan Faizal dengan Aizat?

Faizal Tahir: Saya tak boleh tahan mulut orang untuk bercakap. Peminat berhak cakap apa sahaja yang mereka mahukan terutama apabila menyanyi bersama-sama dalam satu pentas. Saya tak kisah apa pandangan orang tetapi apa yang paling diharapkan semua orang yang datang terhibur dengan persembahan nanti. Aizat dengan saya tidak ada masalah memandangkan muzik kami berlainan genre. Masing-masing mempunyai cara dan persembahan yang berlainan sama sekali.

Apa pesanan Faizal kepada peminat yang akan menyaksikan konsert ini dan yang lain?

Faizal Tahir: Saya ucapkan terima kasih kepada peminat yang akan datang menyaksikan kami nanti terutama kepada mereka yang sabar menanti sejak dahulu lagi. Saya mengharapkan dapat memberikan yang terbaik khas kepada mereka yang membeli tiket. Kepada yang tak dapat hadir jangan bersedih kerana masih ada lagi peluang pada masa hadapan.

Sumber : UM!Online (7 Februari 2010)

Takde gambar baru ke nak guna.

Written by Langit Biru

Februari 7, 2010 pada 10:05 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. FT xjaja tp da org tanya xkn nk senyap je…t org kata sombong pulak…

    aziema hajime

    Mac 26, 2010 at 3:07 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: