Langit Biru

Semua orang sudah tahu

RTM terbit dokumentari khas mengenai Korea

leave a comment »

SEBUT saja negara Korea pastinya mengingatkan semua mengenai keindahan tempat menarik dan bersejarah negaranya selain drama bersiri dan filem yang bertemakan percintaan yang mengasyikkan.

Begitu pun kepada mereka yang belum berkesempatan mengunjungi negara empat musim ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Unit Pembangunan & Pertanian TV RTM menerbitkan Dokumentari Khas, Korea yang disiarkan empat episod berturut-turut setiap Ahad mulai 31 Januari lalu hingga 21 Februari depan jam 9 malam di TV1.

Membawakan penonton menyusuri wilayah sekitar Gyeongsangbuk-do (semenanjung Gyeongsang) terletak di Korea Selatan, Dokumentari, Korea bermula dengan memaparkan Andong, kawasan yang popular di kalangan pelancong kerana menjadi destinasi memperkenalkan budaya dan tradisi Korea di Gyeongsangbuk-do.

Program ini turut memberikan tumpuan kepada Andong International Mask Dance, festival yang diraikan setiap tahun sekitar hujung bulan September hingga awal Oktober. Malah penyertaan meraikan festival ini diterima daripada masyarakat seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia.

Begitu juga program ini memaparkan folklore Hahoe, kampung tradisi yang tidak pernah berubah sejak beratus tahun dulu. Menariknya, program ini juga mengetengahkan kepentingan muzium Andong Tradisional yang menjadi kebanggaan dan memori yang menyimpan peninggalan zaman dulu dan bahan sejarah.

Kembara Budaya Korea pula memfokuskan kepada usaha Korean Foundation For International Cultural Exchange (Kofice) meningkatkan persefahaman mengenai budaya Korea kepada masyarakat antarabangsa.

Episod seterusnya akan membawa penonton melihat kepentingan sejarah dan bahasa Korea dalam membentuk jati diri dan membangunkan negara Korea yang serba moden dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Turut diketengahkan juga budaya masyarakat Korea yang amat menghargai kepentingan Muzium Nasional Seoul dan Istana Changgeokdong sebagai panduan dan inspirasi kepada mereka untuk membentuk negara Korea pada masa ini berdasarkan sejarah lampau.

Sepanjang setengah jam siarannya, program ini turut sama memaparkan sumbangan Korean Creative Content Agency (Kocca) dalam membantu mengembangkan aktiviti berkaitan budaya di Korea juga sumbangan Korean Language Institue dalam meningkatkan penguasaan bahasa Korea kepada masyarakat luar.

Seterusnya dokumentari akan melihat pula bagaimana budaya dijadikan elemen penting untuk membentuk bangsa Korea dan juga kesatuan Satu Asia berunsurkan elemen budaya.

Tidak ketinggalan juga dokumentari ini memaparkan bagaimana Syarikat KIA (industri kereta), persembahan Kebudayaan Jump dan Cookin Nanta, Namyangju Studio (studio perfileman), Dongwoo Animation (syarikat animasi) dan Stadium Sangam Seoul menggunakan bisnes untuk mengembangkan budaya Korea bagi mengimbangi budaya luar agar dapat membentuk masyarakat Korea berasaskan budaya sebenar Korea.

Selain itu, usahawan ini juga mempunyai satu misi yang serupa untuk membentuk satu kesatuan di Asia iaitu Kesatuan Asia berkonsepkan satu Asia.

Sumber : BHarianOnline, Selasa, 09 Februari 2010

Menarik ni. Nak tengoklah. Ada tak di RTM Online.

Written by Langit Biru

Februari 9, 2010 pada 8:33 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: