Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Robot wanita diberi banyak peluang berlakon

leave a comment »

SEOUL – Robot wanita yang dicipta oleh Institut Industri Teknologi Korea, EveR-3 akan diberikan lebih banyak peranan untuk berlakon teater pada tahun ini, kata seorang saintis, Lee Ho-Gil semalam.

GAMBAR fail menunjukkan robot EveR-3 (kiri) berlakon bersama seorang pelakon lelaki di Seoul pada 18 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, robot itu berlakon dalam beberapa buah teater pada tahun lalu termasuk kisah Robot Princess and the Seven Dwarfs sehingga tempat duduk dipenuhi penonton.

Robot yang kelihatan seperti manusia itu setinggi 157 sentimeter dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Korea dan Inggeris.

Ia boleh menunjukkan 16 emosi wajah. Ho-Gil mengetahui bahawa robot wanita yang menjadi aktres itu sukar untuk menunjukkan semua bentuk emosi.

“Kami akan cuba untuk mengatur lebih banyak lakonan pada tahun ini dengan bantuan Teater Kebangsaan dan pemerintah,” katanya.

– AFP (Kosmo Online, 11.02.2009)

Ini mesti model yang baru sebab pada tahun 2006 terdapat model EveR-2 yang merupakan robot penyanyi dan mempunyai single sendiri. Lagu ini berduet dengan duo wanita 2NB.

EveR-2 & 2NB – While I Close My Eyes

Written by Langit Biru

Februari 11, 2010 pada 8:29 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: