Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Rock Glam Faizal, Aizat 12 Feb Ini

leave a comment »

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2010: Fesyen dan muzik sememangnya tak dapat dipisahkan. Gabungan inilah yang akan dijelmakan dalam Konsert Satu Suara yang bakal menggandingkan Dato’ Siti Nurhaliza dengan 2 penyanyi lelaki popular abad ini, Faizal Tahir dan Aizat.

Panggung Sari, Istana Budaya sekali lagi akan bergegar dengan persembahan yang dinanti-natikan, gabungan Dato` Siti Nurhaliza bersama-sama 2 penyanyi lelaki popular abad ini, Faizal Tahir dan Aizat.

Lantunan suara 3 paduan tenaga yang akan beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya bermula pada 12 hingga 14 Februari ini ini pastinya tidak akan lengkap tanpa persalinan yang indah yang selari dengan konsep muzik yang diketengahkan.

Jika Siti akan tampak suci dengan variasi rekaan sempurna ilham Rizman Ruzaini, 2 penyanyi popular lelaki ini juga mahu menang gaya apabila pereka fesyen muda berbakat, Hazwani Osman menjadi pilihan.

Berteraskan 2 ilham gaya yang berbeza, Faizal sekali lagi memilih imej ketenteraan yang sudah sinonim dengan dirinya dalam setiap persembahan mega. Manakala Aizat bakal menyerlah dengan penampilan gaya superstar rock dari barat.

Bagaimanapun menurut Hazwani, penerapan gaya untuk kedua-dua penyanyi itu sudah tentu akan mendapat  sentuhan istimewa dengan citarasa yang lebih moden, pemilihan fabrik serta potongan berkualiti tinggi.

“Untuk Aizat, saya akan tampilkannya jauh berbeza seperti yang pernah saya lakukan  ketika  Anugerah Juara lagu yang lalu. Mungkin kalau dilihat, penampilannya nanti tidak jauh berbeza seperti band muzik Cole Play dan The Killers.

“Manakala Faizal pula, saya masih mengekalkan imej military yang akan diperhebatkan dengan baju potongan tentera dan juga jaket yang diserlahkan dengan perincian istimewa,” katanya yang dihubungi portal murai.com.my.

Sangat dikenali dengan ilham jaket potongan kemas, rekaan Hazwani terlebih dahulu telah membuatkan menyerlah aura Raja SMS, Mawi, diikuti Dafi dan Adam serta tidak ketinggalan beberapa penyanyi wanita seperti Liyana Jasmey dan Mila.

Hazwani juga pernah bergabung tenaga bersama murai.com.my bagi menjayakan program Alam Sekitar di Zoo Negara dan terbaru, majlis ulang tahun ke-2 Murai.com.my menerusi pelancaran segmen Stalista berkonsepkan Fabulous 80`s.

Menurut Hazwani, untuk konsert gah berkenaan, dia masih lagi menyiapkan 6 persalinan buat Faizal dan Aizat  yang menggunakan fabrik kulit, pvc dan wools  tajaan Jakel Kuala Lumpur.

“Kalau nak diikutkan, memanglah saya agak teruja untuk melihat hasil rekaan saya bernyawa di atas pentas Istana Budaya. Siapa yang tidak. Tapi kerana itu jugalah, saya agak risau untuk mendengar maklumbalasnya nanti,” katanya.

Sumber : 9-Feb-2010 | Oleh: Haswari Ali (gua.com.my)

Tak sabar nak tengok!

Written by Langit Biru

Februari 11, 2010 pada 12:21 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: