Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Nafas baru industri muzik sudah bermula

leave a comment »

Baru perasan artikel ni.

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Sudah terlalu lama saya tidak menulis untuk ruangan ini. Kalau tidak silap, sudah mencecah dua bulan. Seharusnya saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak editorial B*Pop kerana memahami keadaan saya serta sudi memberi saya cuti panjang untuk saya berehat. Terima kasih juga kepada anda semua, peminat saya yang terus berdoa untuk kesihatan saya dan juga memberi semangat serta sokongan hebat kepada saya untuk terus berkarya.

Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik walaupun harus menunggu sehingga empat bulan lagi untuk mendapat pengesahan keadaan kesihatan saya 100 peratus pulih. Selama hampir tiga bulan saya bercuti, memang banyak perkara yang berlaku. Saya sedar ramai yang ternanti-nanti berita mengenai keadaan kesihatan saya selama ini. Saya memohon maaf sekiranya saya tidak dapat memberi jawapan dan gambaran jelas mengenai keadaan saya selama saya berada di hospital dan selama tempoh saya berehat. Namun begitu, semangat harus kental dan hidup perlu diteruskan selagi kita mempunyai keringat dan selagi terdaya. Kerja tetap kerja. Saya tidak berehat semata-mata. Tetapi, banyak yang telah dirancang untuk kerjaya seni saya demi untuk industri hiburan serta peminat semua. Insya-Allah, tahun ini saya mengharapkan semua yang dirancang berjalan lancar dan baik, Insya-Allah. Yang paling penting adalah apa yang mampu saya berikan dan sumbangkan kepada industri muzik dan peminat, akan terus saya berikan. Harapan saya, 2010 adalah tahun yang baik untuk saya dan industri hiburan tanah tercinta ini.

Saya percaya masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada semua teman finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 yang berlangsung dua minggu lalu. Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada pihak juri yang turut memilih lagu Bencinta, ciptaan Audi Mok dan saya, sebagai pemenang tempat ketiga. Pada saya, tiada siapa yang tewas. Semua 14 lagu yang terpilih serta artis yang mempersembahkan lagu tersebut adalah juara dalam industri ini.

Apa yang penting, setiap acara penganugerahan sebegini diambil sebagai iktibar oleh semua orang untuk bekerja lebih keras dan menghasilkan karya lebih kreatif dan berkualiti demi memartabatkan seni muzik tanah air. Apa yang saya boleh saya katakan, sebagai permulaan yang baik bagi 2010, diharapkan dapat diteruskan dengan banyak lagi perkara baik sehingga ke penghujung tahun ini.

Saya juga berasakan adalah wajar untuk saya mengucapkan tahniah dan memuji usaha pihak produksi AJL pada tahun ini kerana memberikan suatu produksi cukup hebat dan membanggakan industri penyiaran Malaysia. Sudah pastinya untuk mendapatkan kualiti dan hasil produksi yang begitu hebat sebegini menelan belanja besar. Namun, duit bukan satu-satunya faktor dalam menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Idea yang hebat serta pengalaman dan pengetahuan juga penting. Pujian harus diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan kerana sanggup menerbangkan penerbit AJL kali ini, Gbam ke konsert peringkat akhir American Idol yang lalu di Los Angeles bagi menyaksikan proses penerbitan rancangan itu.

Apa yang dipelajari di sana akhirnya dipraktikkan dan digunakan bagi mendapat hasil terbaik dalam penerbitan AJL ke-24, baru-baru ini. Tahniah. Diharapkan AJL 25 mampu menandingi kehebatan AJL 24 dari segi penerbitan, penyertaan dan juga content.

Selain penerbitan yang baik, saya pasti semua bersetuju sekiranya saya katakan AJL 24 juga menyaksikan pembabitan dan penyertaan lagu serta persembahan paling menarik yang pernah kita saksikan dalam sejarah rancangan ini. Boleh dikatakan semua peserta begitu bersemangat dan ‘all-out’ bagi menyampaikan lagu masing-masing. Saya harus berasa bangga kerana berdiri bersama bakat-bakat muda dan baru. Mereka memberikan satu impak dan nafas baru kepada industri muzik tanah air.

Alhamdulillah, apa yang telah saya fikirkan sebelum ini memang menampakkan kebenarannya. Sejak kehadiran nama-nama baru seperti Estranged, Hujan, MUH, Bunkface, Yuna, Aizat, Stacy dan beberapa orang lagi, saya telah nampak dan berfikir industri muzik kita bakal dibawa ke satu aras atau era baru. Satu perubahan dan era yang telah lama kita idamkan dan nantikan. Inilah eranya. Nama-nama yang disebutkan tadi akan membawa muzik kita ke satu tahap baru. Dimensi muzik Malaysia bermula di sini. I am proud to be part of it.

Kami, anak-anak seni Malaysia mampu berkarya dan berdiri teguh dengan sokongan anda semua. Saya tidak mahu penulisan saya ini berbunyi seperti satu ucapan rasmi kempen rakyat. Tetapi memang itulah hakikatnya. Tahniah saya ucapkan kepada bakat-bakat muda tanah air dan diharapkan kita dapat bersama-sama memartabatkan lagi industri muzik kita dan membawa ia ke satu tahap baru.

Saya pasti pada ketika ini ramai ingin tahu tentang perkembangan album terbaru saya. Ya, pasti ramai sudah sedia maklum sudah lebih dua tahun berlalu sejak saya mengeluarkan album pertama saya, Aku.Muzik.Kamu. Alhamdulillah, walau dalam keadaan kesihatan saya kurang baik, pihak syarikat rakaman saya, Monkey Bone dan Audi Mok telah bersetuju untuk mengeluarkan album saya secara ‘digital download’ terlebih dulu agar tidak membuat orang ramai terus menunggu.

Faizal Tahir, B*Pop, 24.01.2010

Written by Langit Biru

Februari 15, 2010 pada 4:55 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: