Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Semoga Adrenalin diterima peminat muzik

with 2 comments

Wah, tajuk ‘Adrenalin’. Mantap sungguh!

ASSALAMUALAIKUM. Diharapkan pembaca B*Pop berada dalam keadaan sihat sejahtera. Konsert Satu Suara, bertempat di Istana Budaya kini sedang berlangsung. Konsert ini menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza, Aizat dan saya sendiri membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut mulai 12 Februari lalu.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Siti Nurhaliza Production (SNP), khususnya Datuk Siti dan pengurusnya, Rozi, serta pihak Istana Budaya kerana sudi memberi peluang kepada saya membuat persembahan bersama dua penyanyi ini dalam Konsert Satu Suara.

Bagaikan mimpi menjadi realiti, memang saya sendiri tidak pernah menduga berpeluang mengadakan konsert sebesar ini bagi tempoh tiga tahun berada dalam persada seni muzik tanah air. Lebih-lebih lagi apabila kita semua sedia maklum memang sukar mendapat sokongan dan penaja bagi menjayakan konsert di Malaysia ketika ini.

Memang menjadi impian, bukan saja saya tetapi setiap penyanyi untuk mengadakan konsert sendiri. Namun tidak semudah dirancangkan. Banyak perkara harus diambil kira untuk menjayakan sebuah konsert. Risiko pasti ada. Saya amat mengagumi usaha SNP dan Istana Budaya kerana berani mengambil risiko menjayakan konsert dua anak muda yang masih baru dalam industri ini. Masih terlalu banyak untuk saya dan Aizat harus memperkukuhkan nama serta reputasi dalam dunia seni muzik tanah air.

Pada masa sama, saya juga baru saja selesai kerja pembikinan album kedua saya. Alhamdulillah, selepas sekian lama, akhirnya album saya, Adrenalin, bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Being the perfectionist i am, memang saya mengharapkan lebih masa untuk menyiapkan album ini.

Namun, saya sedar sudah lebih dua tahun peminat menunggu produk baru daripada saya. Insya-Allah, sekiranya tiada masalah lagi, Adrenalin bakal dipasarkan pada Mac nanti. Album ini memuatkan lapan lagu baru termasuk Bencinta dan single terbaru saya, Selamat Malam serta satu lagu versi akustik bagi album ini menjadikannya sembilan trek semuanya.

Diharapkan buah tangan terbaru daripada saya dapat diterima dengan baik oleh setiap pendengar dan penggemar muzik di luar sana. Album ini juga menyaksikan kolaborasi penuh, 100 peratus, antara Audi Mok dan saya dalam penciptaan lagu, penulisan lirik dan produksi album. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan kualiti dan proses pembikinan album ini.

Terima kasih kepada pihak pengurusan saya, The 8 Unit, syarikat rakaman saya, Monkey Bone dan peminat saya kerana terus memberi sokongan dan sabar menanti album kedua saya ini. Mungkin kali ini saya tidak dapat menulis dengan panjang lebar disebabkan kesuntukan masa dan harus kembali kepada kerja lain yang harus diselesaikan. Namun, saya harap ia sudah cukup untuk menunaikan tanggungjawab saya untuk mendekatkan diri saya dengan pembaca dalam penulisan yang singkat ini.

Insya-Allah, saya cuba untuk mengambil masa yang lebih untuk menulis dalam ruangan Aku.Muzik.Kamu ini pada masa akan datang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SNP dan Istana Budaya dalam menganjurkan Konsert Satu Suara yang akan berakhir malam ini. Datanglah beramai-ramai kerana saya pasti anda semua akan terhibur dengan apa yang disediakan untuk hiburan anda sekeluarga. Harapan saya adalah semoga konsert ini bakal membuka mata banyak pihak lain untuk memberi peluang kepada anak seni tempatan untuk mengadakan konsert mereka sendiri.

Apa yang saya nampak adalah satu platform dan peluang besar untuk pihak penganjur lain membuka ruang serta jalan kepada anak seni tempatan menunjukkan bakat sedia ada, Insya-Allah. Ini juga boleh dikatakan sebagai satu percubaan untuk melihat maklum balas peminat muzik tanah air terhadap konsert berbayar membabitkan bakat tempatan.

Seandainya konsert ini mencapai kejayaan, mungkin sesuatu yang lebih besar boleh dirancang untuk masa depan. Sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Faizal Tahir, B*Pop, 14.02.2010

Saya nak konsert DVD!

Written by Langit Biru

Februari 15, 2010 pada 8:09 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with , ,

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. boleh x keluarkan vcd utk konsert satu suara..

    nami

    Februari 16, 2010 at 9:01 am

  2. nami…btul2 sy stuju…xdpt pergi lgsung konsert 2…sangat sedih…

    aziema hajime

    Mac 26, 2010 at 3:06 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: