Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Pakej lengkap 2PM

leave a comment »

SEJAK kebelakangan ini, kemunculan ‘boyband‘ dari Korea Selatan semakin rancak, sekali gus diterima peminat muzik antarabangsa terutama gadis remaja di Asia.

Image and video hosting by TinyPicTidak terkecuali memburu bintang, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 2PM.

Kumpulan yang dianggotai Junsu, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho, Chansung dan Jaebeom ini ditubuhkan pada 2008. Begitupun, Jaebeom tidak lagi menyertai kumpulan yang mendapat jolokan antara yang terhebat di Korea selepas terbabit dengan kontroversi menerusi Internet sekitar September tahun lalu. Kumpulan berkenaan bernaung di bawah syarikat pengurusan JYP Entertaiment dan Sony Music sebagai label pengedaran mencatat beberapa kejayaan walaupun masih hijau dalam dunia hiburan.

Berbekalkan kebolehan menari, menyanyi dan rupa kacak menjadi satu kelebihan buat kumpulan ini. Penampilan hebat di pentas menarik perhatian peminat yang menyaksikan persembahan mereka. Populariti kumpulan yang tampil dengan lagu genre K-pop, dance dan hip-hop ini bukan hanya di negara kelahiran mereka, malah mula menular di beberapa negara Asia.

Mereka membuat kemunculan pertama di peringkat antarabangsa menerusi Anugerah Nine Entertain di Thailand pada penghujung Februari, tahun lalu. Mereka kemudian menerbitkan album Edisi Khas Thailand pada 25 Jun dan memulakan promosi seterusnya. Kumpulan ini turut diberi penghormatan membuat persembahan sempena Anugerah Pop Music di Pattaya.

Buat julung kali, kumpulan ini melangkah ke hadapan apabila menembusi pasaran China ketika mengadakan persembahan Hanryu Showcase sempena Korea-China Music Festival Feels the K-pop sekitar November lalu. Pada November tahun lalu, selepas menyertai beberapa aktiviti promosi untuk album sulung mereka, 1:59PM, kumpulan itu menerima anugerah pertama menerusi program Muzik TV (KBS Music Bank’s). Ini Disusuli Hot Performance Star, Hot Summer Heat Popularity, Kumpulan Lelaki Terbaik dan Artis Terbaik Tahunan pada Anugerah M net 20’s Choice 2009.

Image and video hosting by TinyPic

Tidak cukup dengan pengiktirafan itu, 2PM mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Anugerah Disk Bonsang pada Anugerah Golden Disk ke-24 serta Lagu Terbaik Tahunan menerusi lagu Again & Again sempena Korea Broadcasting System (KBS) Music Festival pada tahun sama.

Album unik kumpulan itu yang berada di pasaran sejak 9 Februari lalu tampil dengan pakej menarik mengandungi 10 lagu dan tiga daripada bonus video muzik lagu Again & Again, Heartbeat dan 10/10. Lagu yang dimuatkan antaranya My Hear, Tired of Waiting, I Was Crazy About You, Gimme The Light, Bak 2 U, All Night Long, Only You (Acoustic Mix), I Hate You (Lounge Mix) dan Maybe She’ll Come Back (Bossa Nova Mix). Sekiranya mahukan lagu yang segar dan baru, jangan lupa mendekati 2PM.

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my 2010/02/16

Written by Langit Biru

Februari 16, 2010 pada 9:32 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: