Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[17.02.2010] Super Junior di KL

leave a comment »

POPULARITI mereka sebagai boy band terbesar di dunia sudah lama diperkatakan. Kini tiba masanya kumpulan Super Junior yang dianggotai 13 anggota singgah dan menonjolkan kemampuan sebenar mereka di Malaysia.

Image and video hosting by TinyPic

Usaha membawa mereka ke sini sedang dilaksanakan Redstar Presents Sdn Bhd yang tampil menganjurkan Super Junior – The 2nd Asia Tour Super Show 2 Live In Malaysia 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 20 Mac ini.

Apa yang hebat, jualan tiket mencecah 70 peratus dan ini menguatkan keyakinan penganjur mengenai sambutan peminat terhadap kumpulan itu. Meskipun kumpulan yang dikenali dengan gelaran SJ atau Suju ini pernah melawat Malaysia sebagai artis jemputan tatkala Majlis Anugerah MTV Asia pada 2008, kehadiran kali ini berbeza kerana dalam skala yang besar.

Pengarah Eksekutif Redstar Presents, Norhasmah Naroden, berkata biarpun ia projek pertama mereka membabitkan konsert, mereka sudah merancang membawa kumpulan yang dianggotai 12 pemuda dari Korea Selatan dan seorang dari China itu, sejak setahun lalu.

“Kami bersyukur kerana mendapat kerjasama wakil daripada Korea. Begitu juga apabila melihat jualan tiket cukup memberangsangkan. Sebagai rekod kumpulan ini pernah merakamkan klip video di KLCC untuk lagu Dancing Out daripada album pertama sekitar 2006. Mereka juga membuat penampilan menerusi Anugerah MTV Asia di Genting Highlands dua tahun lalu.

“Kunjungan ke negara ini yang ketiga selepas Taiwan, China dan Thailand. Konsert jelajah kumpulan ini juga akan berterusan ke Filipina dan beberapa negara Asia yang lain,” katanya pada majlis sidang media baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Kewangan, Noor Indah Jarni, Ketua Pegawai Operasi, Hazel Abang Alias dan Boudeng Edruce.

Norhasmah berkata, menyedari kewujudan komuniti Korea di ibu negara yang semakin meningkat, ia menambahkan keyakinan mereka mengenai sambutan positif peminat. Begitupun berdasarkan peratusan penjualan tiket, golongan remaja yang terdiri daripada kaum Cina dan Melayu turut meminati kumpulan itu. Pihak penganjur turut mendapat maklum balas daripada peminat kumpulan berkenaan yang menetap di Brunei, Singapura dan Indonesia.

Sebanyak 80 pemuzik dan 200 kakitangan yang akan terbabit dalam konsert yang julung kali diadakan itu. Setiap jelajah persembahan berkenaan akan menggunakan konsep dan pentas yang sama. Konsert dijangka berlangsung lebih tiga jam. Mengimbau kembali sejarah kumpulan ini, Super Junior ditubuhkan pada September 2005. Mereka berjaya menghasilkan 19 album termasuk album baru, Sorry Sorry yang mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai peminat di seluruh dunia. Mereka juga dikenali menerusi pecahan beberapa kumpulan mereka seperti Super Junior KRY, Super Junior M dan Super Junior Happy yang menampilkan pelbagai bahasa termasuk Jepun dan Mandarin dengan penampilan genre muzik berbeza.

Selain menerima anugerah Album Terbaik dan Kumpulan Paling Popular di tanah air sendiri, pencapaian mereka dihargai pelbagai anugerah antarabangsa seperti MTV Asia Awards dan Anugerah Muzik Hiburan CCTV 2008.

Kumpulan ini mensasarkan peminat di Jepun, China, Taiwan dan beberapa negara Asia lain dengan menampilkan vokal secara acapella dan harmoni.

Tiket persembahan boleh didapati pada harga RM138 hingga RM458 di kaunter jualan T-Hop Zone, Tingkat 6, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur. Dengan setiap pembelian dua tiket, peminat berpeluang mendapatkan poster edisi khas kumpulan ini.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman web http://www.marctensia.com, http://www.axcess.com.my atau menghubungi talian hotline Marctensia: 03-20921199 dan talian hotline Axcess Ticketing: 03-77115000.

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my 2010/02/17

Written by Langit Biru

Februari 17, 2010 pada 12:08 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: