Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[18.02.2010] Tiga nama satu suara

with one comment

Ulasan ni neutral. Tapi tiada gambar versi online. Sedih.

KONSERT Satu Suara yang menggabungkan tiga nama cukup popular masa kini, Aizat, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung selama tiga hari di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini berjaya mengumpulkan pelbagai kategori peminat untuk menikmati kehebatan persembahan dan gandingan suara mereka.

Berjuang di landasan sama atas dasar minat dan bakat, beza usia dan barangkali Aizat yang baru setahun jagung menimba pengalaman sebagai anak seni tidak menjadi halangan kepada mereka untuk bergandingan di pentas gah itu.

Julung kali konsert itu diadakan, ia ternyata berjaya membuka mata ramai dan melihatkan kehadiran penonton pada malam itu, yang hadir bukan calang-calang usia dan status. Bukan saja remaja, namun mereka yang sudah merangkak usia termasuk golongan VIP. Konsert pembukaan malam gala itu turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri serta mantan Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Dr Sit Hasmah Mohd Ali.

Gabungan tiga pesona itu berjaya mengumpul peminat masing-masing. Tirai persembahan dibuka dengan lagu Saya Anak Malaysia yang pernah dipopularkan Dr Sam Rasputin. Lirik lagu itu diubah suai bagi memperkenalkan dua anak muda itu. Persembahan diteruskan dengan nyanyian solo Aizat. Pentas Panggung Sari dihangatkan dengan lagu popularnya seperti Kau Aku, Fikirlah, Susun Silang Kata, Lagu Kita, Pergi dan Hanya Kau Yang Mampu. Aizat juga menyanyikan secara medley lagu daripada kumpulan yang menjadi idolanya, The Beatles.

Baru saja menang Juara Lagu, namun membuat persembahan di IB adalah suatu perkara yang berbeza. Pun begitu, memahami keadaan Aizat yang masih baru dalam dunia berbanding dengan ‘kakak’ dan ‘abangnya’ , Siti dan Faizal, persembahan Aizat tetap menghiburkan, tambahan pula dengan lagu dan vokalnya yang mantap. Pastinya jika peluang untuk beraksi di pentas Panggung Sari itu datang lagi, tentu Aizat sudah tahu apa rencah yang patut ditambah bagi memantapkan lagi persembahannya.

Apa pun, ia permulaan yang baik bagi Aizat untuk tahun ini kerana diberi ruang membuat persembahan di panggung yang menjadi impian setiap karyawan seni itu. Paling dinantikan, kemunculan Faizal yang membuatkan seluruh panggung itu bergema dengan jeritan dan pekik sorak peminatnya. Jika gaya berpakaian Aizat menonjolkan keremajaannya, kemunculan Faizal pula lebih elegan dengan jaket rona merah hati yang sekali pandang persis gaya Michael Jackson. Belum pulih sepenuhnya daripada sakit kaki, susuk tubuh bapa kepada tiga cahaya mata itu kelihatan susut.

Namun demi peminat yang bagaikan tidak sabar menanti kemunculannya di pentas, dia terus mempamerkan persembahan mantap meskipun sepatutnya dia masih perlu bertongkat. Sebaik saja mengambil alih pentas daripada Aizat, Faizal sempat memuji anak muda itu antara penyanyi paling berbakat di negara ini dan sering dijadikan contoh kepada mereka yang ingin mencipta kejayaan dalam dunia seni suara. Malam itu Faizal menyanyikan lagu Sampai Syurga, Mahakarya Cinta, Batu Dan Golek, Selamat Malam, Cuba, Bencinta dan lagu medley dari kumpulan Queen. “Kaki saya masih terasa sakit namun janji kepada peminat yang sudah membeli tiket perlu dikotakan,” katanya.

Kemuncak persembahan dengan kemunculan Siti menyanyi bersama mereka. Irama rock terus meriah di pentas dan penonton tidak segan silu menyanyi dan menari seiring kerancakan irama muzik. Melihatkan kesungguhan Aizat dan Faizal memberikan yang terbaik untuk khalayak yang hadir, Siti lantas memuji keazaman mereka itu. Menyesuaiakan diri dengan dua anak muda itu, Siti lari daripada kebiasaan dengan menyanyikan lagu rock yang dimulakan dengan lagu Sekuntum Mawar Merah (Alleycats) dan Rela Ku Pujuk (Tam Spider).

“Konsert malam ini diadun mengikut kehendak IB yang mahu mengajak remaja datang menonton persembahan di sini,” katanya. Seterusnya, Siti mempersembahkan lagu Kekasihku dan Biarlah Rahsia yang diberi gubahan baru.

Konsert Satu Suara itu terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP) dengan kerjasama IB diketuai Jennifer Thompson menggunakan tujuh pemuzik profesional. Ia dipimpin pengarah muzik, Sze Wan diiringi 20 pemain muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Written by Langit Biru

Februari 18, 2010 pada 3:47 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with , ,

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. faizal tahir rock!!

    syahirah

    Februari 20, 2010 at 5:14 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: