Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[20.02.2010] Semangat Brian Joo

leave a comment »

Artikel mengenai Brian pula. Suka!!!

Lahir di Amerika, menyerlah di Korea

SECARA perlahan-lahan, bakat dari benua Asia mula diterima di Amerika. Kali ini ialah Brian Minkyu Joo atau lebih dikenali sebagai Brian Joo, jejaka berdarah Asia yang sedang aktif mencipta nama di negara yang menjadi pusat industri hiburan antarabangsa.

Walaupun dilahirkan di Los Angeles pada tahun 1981, tetapi darah Asia cukup tebal. Ini kerana kedua orang tuanya berasal dari Korea Selatan sebelum berhijrah ke Absecon, New Jersey.

Menurut Brian, meskipun lahir sebagai rakyat Amerika tetapi jati dirinya sebagai orang Korea memang tidak hilang kerana dia memang dibesarkan di persekitaran yang dipenuhi dengan rakyat Korea.

Brian sebelum ini adalah antara anggota kumpulan Fly to Sky yang terkenal dengan muzik R&B. Dia pernah melahirkan album solo pertamanya berjudul The Brian pada Disember 2006. Album solo keduanya, Manifold pula dikeluarkan pada Disember 2009.

Menurutnya, dia memulakan kerjaya nyanyian secara kebetulan saja apabila pada umur 16 tahun, seorang rakannya mengajak dia menyertai sesi uji bakat pertandingan nyanyian anjuran Brothers Entertaiment tanpa pengetahuan keluarganya.

Syarikat Brothers Entertainment menemui beberapa anak muda berdarah rakyat Amerika berketurunan Korea untuk mengembangkan kerjaya dalam dunia hiburan di Korea Selatan.

Selepas beberapa bulan menjalani latihan, dia kemudian dihantar ke SM Entertainment di Korea pada pada Disember 1999, Joo membuat kemunculan dengan menjadi anggota kumpulan Fly to Sky pada umurnya 17 tahun. Kembali ke Amerika, dia meneruskan pengajiannya di Rutgers University tetapi hanya separuh jalan saja. Disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan di Korea, dia memutuskan untuk tidak meneruskan pengajiannya di Amerika.

Sebaliknya apabila dia balik ke Seoul, Joo menyambung pengajiannya di Dongguk University daalam bidang Teater dan Filem sehingga tamat.

Ketika bersama Fly to the Sky, Joo digandingkan Hwanhee dengan bertindak sebagai penyanyi utama dan penari rap. Apabila kumpulan ini mengalami peralihan daripada pop kepada R&B, rakannya, Hwanhee berasakan Joo mempunyai keupayaan vokal yang mantap. Joo juga kerap muncul di televisyen. Sejak tahun 2005, Joo sudah muncul dalam pelbagai program hiburan, termasuk menjadi pengacara untuk MBC – Music Core pada tahun 2006 selain pengacara bagi program SBS Green Gold pada tahun 2009. Pada Ogos 2009, Fly to the Sky dibubarkan apabila mereka membuat keputusan untuk bergerak secara solo. Sepanjang bersama Fly to the Sky, mereka menghasilkan lapan album iaitu Day By Day (1999), The Promis (2001), Sea of Love (2002), Missing You (2003), Gravity (2004), Transition (2006), No Limitations (2007) dan Decennium (2009).

Kerjaya solo Joo bermula pada tahun 2006 apabila dia mengumumkan kemunculan album solo pertamanya berjudul The Brian. Album itu menggabungkan muzik pop klasik, soul dan jazz. Menerusi album ini, Joo berharap dia lebih dihargai sebagai seorang artis berbanding dikenali sebagai ‘Fly to the Sky’ tanpa Fany merujuk nama kawannya, Hwanhee.

“Saya memang bersungguh-sungguh untuk album ini. Saya juga mahu menunjukkan boleh berjaya sebagai Brian. Apabila menyanyi dengan Fly to the Sky, ramai yang beranggapan Fany sebagai vokalis utama, dan saya dipandang sebagai penyanyi kedua dan seorang rapper. Saya tidak mahu menyebut namanya, tetapi apabila seorang penerbitan bercakap kepada Fany, “kamu memang penyanyi yang bagus’ apabila dia hanya kata ‘kerja yang bagus’ kepada saya.

“Jadi, saya mahu buktikan saya juga boleh melakukan menjadi penyanyi yang bagus,” katanya.

Album The Brian mengikut perancangan awal memuatkan semua lagu dalam bahasa Inggeris, tetapi disebabkan kesuntukan masa, semuanya diubah dirakamkan dalam bahasa Korea, termasuk lagu All I Know yang asalnya dicipta bahasa Inggeris. Joo muncul dengan dengan single pertamanya, Don’t Go.

Brian juga berminat untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang lakonan. “Memang saya ada simpan impian untuk menjadi pelakon di Hollywood,” katanya.

Walaupun sekadar menjadi pelakon drama bersiri, sekurang-kurangnya impian itu tercapai juga apabila dia berlakon dalam drama mini siri, Homey Korean bersama dengan rakan baiknya, Chris Pemberton. Dalam drama itu dia mengajar bahasa Korea selain bercakap mengenai budaya, mercu tanda, tempat tarikan pelancong dan kehidupan harian orang Korea kepada orang asing.

Brian Joo tidak lupa pada tahun 2002 apabila membuat kenyataan yang mencetuskan kontroversi. Ketika itu, Fly to the Sky diundang menjadi tetamu untuk sebuah program radio. pada waktu itu, dua remaja perempuan Korea mati menjadi mangsa keadaan kerana berlaku rusuhan anti-Amerika. Disebabkan itu, Joo yang memegang kerakyatan Amerika, tetamunya, Hyun Jin Youg ditanya mengenai pandangannya mengenai perkara itu. Joo mengatakan walaupun askar Amerika seharusnya menegakkan keadilan, dia tidak mahu hubungan antara Korea dan Amerika Syarikat menjadi tegang. Malangnya, kenyataan itu salah petik iaitu “Kamu tidak boleh bercakap yang buruk mengenai Amerika di depan saya. Saya rakyat Amerika. Kamu boleh benci askar Amerika yang terbabit dalam kejadian itu saja’.

Akibatnya, dia menerima kecaman. Keadaan itu menjadi reda sedikit apabila Joo membuat penjelasan menerusi laman web 1010 Club.

“Malang sekali program itu, saya sudah bercakap sesuatu yang disalah tafsir oleh ramai pihak. Saya ingin jelaskan bahawa mereka yang didapati bersalah dalam kejadian itu, patut menerima hukuman setimpal. Itulah yang sebenarnya. Tapi disebabkan saya bukanlah 100 peratus Korea, kenyataan itu sudah menyinggung ramai orang. Saya minta maaf kerana salah faham ini.”

Mengenai album terbarunya, Manifold, ia memuatkan 10 lagu dalam bahasa Korea, manakala tiga lagu lagi dalam bahasa Inggeris. Album berkonsep R&B itu diterbitkan sendiri oleh Brian.

Malahan album Manifold membuktikan dia berupaya menghasilkan lagu-lagu R&B dan club music dan tidak sekadar R&B balada. Tiga lagu bahasa Inggeris dalam album Manifold ialah Do It Move It, Tears Run Dry dan Bullet.

Sumber : Berita Harian Online.

Written by Langit Biru

Februari 20, 2010 pada 12:11 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: