Langit Biru

Semua orang sudah tahu

KangTa kembali dan bertemu peminat

leave a comment »

Putera KangTa kembali!!!

Baru sahaja beberapa hari tamat dari program khidmat negara, Kangta kembali dengan gambar terbaru dan juga mengadakan sesi bertemu peminat.

Gembiranya saya mendengar berita ini dah melihat gambar terbaru KangTa. Macam terangnya dunia ini. Tahun 2010 akan menjadi lebih gemilang dengan kembalinya KangTa dalam dunia hiburan Korea.

Dia telah mengadakan sesi bertemu peminat di Korea pada Sabtu lepas dan mendapat sambutan hangat dari peminat yang telah dua tahun menantinya.

Dia juga akan mengadakan beberapa lagi sesi bertemu peminat di beberapa negara seperti Jepun. Tapi kalau boleh biarlah dia datang Malaysia juga. KangTa pernah datang ke Malaysia untuk sesi promosi pada tahun 2006.

Ini gambar dari majlis bertemu peminat di Korea. Dia menyanyikan beberapa buah lagu. Tampan betul dia ni. Rambut dan semuanya.

Dia dijadualkan untuk mengeluarkan album single dalam masa terdekat ini dan juga mengadakan konsert pada tahun ini. Nak pergi juga. Kita bercakap mengenai KangTa di sini.

Sikit mengenai KangTa. Dia ialah penyanyi solo yang terkenal di Korea dan juga pernah menganggotai kumpulan H.O.T yang terkenal pada awal 90-an.

Ini ialah lagu ‘Persona’ dari album terakhirnya sebelum dia pergi menjalani khidmat negara pada 2008.

Written by Langit Biru

Februari 22, 2010 pada 3:15 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: