Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[Gosip] Dato’ Siti vs Faizal Tahir

leave a comment »

Sebelum ini ada juga gosip mengenai FT tapi sebab tiada nama yang jelas, saya tak letak lah kat blog ni. Nampak sangat tukang bawak cerita ni tak suka dengan FT. Takde pula baca ulasan dari peminat mengenai ini.

Minggu lalu, ramai yang berpeluang menyaksikan konsert ‘Satu Suara’ di Istana Budaya. Konsert yang menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Cik Andalusia difahamkan semua tiket habis terjual.

Tapi, bukan itu yang Cik Andalusia hendak katakan di sini. Sebaliknya cakap-cakap yang timbul sebaik sahaja konsert itu selesai.

Walaupun konsert itu berjaya menambat hati banyak pihak tetapi masih ada cakap-cakap yang tidak sedap didengar sampai ke telinga Cik Andalusia. Ada yang membeza-bezakan kualiti persembahan Faizal dan Siti.

Setengah pihak memuji tinggi persembahan Faizal dan setengah pihak lagi mahu memenangkan Siti. Masing-masing ada alasan sendiri mengapa berbuat begitu.

Menurut pihak yang pro Siti, Faizal mencacatkan persembahan dan cuba tunjuk dia lebih bagus daripada Siti dan Aizat. Penyokong Faizal pula mengutuk nyanyian Siti yang dikatakan langsung tidak kena dengan muzik rock. Menurut geng-geng ini, Siti memang tidak layak membawakan lagu rock. Tidak cukup dengan itu, baju yang dipakai oleh Siti turut menjadi bahan kutukan.

Bagi Cik Andalusia, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Baik Siti mahupun Faizal, mereka mempunyai keistimewaan sendiri. Kalau Siti boleh berbaik-baik dengan pelantun lagu “Mahakarya Cinta” itu, mengapa peminat mereka tidak boleh berbuat begitu.

Sumber : gua.com.my

Written by Langit Biru

Februari 24, 2010 pada 11:58 pm

Dikirim dalam Umum

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: