Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Album digital Faizal Tahir – Adrenalin

with 8 comments

Ini ialah album terbaru dari Faizal Tahir dalam edisi digital di mana pendengar boleh membeli dan memuat turun dari laman web yang sah iaitu dari Digi Music dan Music Unlimited. Tapi saya bukan pengguna perkhidmatan tersebut.

Ini pula ialah kulit album tersebut nampak ringkas kan. Mesti baru letak di laman web ni sebab masa album ini baru di laman web tiada gambar kulit album.

Terdapat lima lagu baru dan satu dalam bentuk akustik. Tapi tak termasuk lagu ‘Bencinta’ dan ‘Selamat Malam’, mungkin lagu-lagu tersebut akan dimasukkan ke dalam album penuh kelak. Kalau macam tu ada lagi tiga lagu baru lah. Nak tambah lagu lagi takpe. Purata satu lagu lebih kurang 4 minit. Kalau 10 lagu dalam 40 minit. Tak sampai satu jam pun, kalau dengan terus lah.

Setakat ini tiada lagu penuh diletakkan di Youtube. Hanya ‘preview‘ sahaja seperti mana di laman web rasmi. Lagu-lagu baru tersebut ialah Hanyut, Hanyut (akustik), Karma, Superhero dan Adrenalin. Setakat apa yang saya dengar, saya suka lagu Hanyut. Tak sabar nak dengar lagu penuh.

Kalau muat turun dari Internet, lagu-lagu ini dalam kualiti apa? 192 -320 kpbs? Kalau ya, mungkin saya akan muat turun. Saya ingat saya nak beli album penuh lah bila ia dah mula dipasarkan. Lain rasanya dari muat turun dari Internet ni. Saya nak pegang CD, nak tengok jaket album dan sebagainya.

Saya harap promosi secara besar-besaran akan dilakukan. Buat teaser, video muzik dan sebagainya. Mungkin sebab saya dah biasa dengan cara industri muzik di Korea, nak tau juga macam mana pihak rakaman Faizal Tahir membuat promosi untuk album ini

Written by Langit Biru

Februari 25, 2010 pada 3:09 pm

Dikirim dalam Album, Muzik

Tagged with

8 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. anda peminat faizal tahir?

    mulan

    Mac 15, 2010 at 12:30 pm

  2. Ye, saya. :)

    Langit Biru

    Mac 15, 2010 at 5:33 pm

  3. dan saya juga. =D

    anda pergi tak rakaman muzik2 slmat malam feb lepas?

    mulan

    Mac 15, 2010 at 6:44 pm

  4. Tak pergi. Takde kawan nak pergi. Sedihnya. Kat Youtube pun takde. :(

    Langit Biru

    Mac 15, 2010 at 9:53 pm

  5. la ye ke. kira bagus la kamu still boleh pergi yang tahun lepas , dan jumpa faizal tahir live. best kan. saya takde peluang macam tu. ha, nanti ABPBH mesti kamu boleh pergi tengok FT lagi ? =)

    mulan

    Mac 16, 2010 at 9:19 am

  6. smlm jumpa FT kt event TM @ dtran merdeka..best giler. dpt msuk backstage. *wink*

    deasha

    Mac 25, 2010 at 10:18 pm

  7. Argh… tak aci. Jeles ni. Bukan tak nak pergi. Tapi hujan and the event start pun waktu maghrib. Mak tak bagi keluar.

    Langit Biru

    Mac 25, 2010 at 10:19 pm

  8. eh deasha kite pn sma la…deasha pn pmng utk meet n greet FT ker???

    aziema hajime

    Mac 26, 2010 at 3:04 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: