Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[11.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Istimewa hari Jumaat bersama dengan Park Jin Young a.k.a Encik JYP. Seorang penyanyi dan produser yang berbakat dan terkenal di Korea. Rain, god, Wonder Girls, 2PM dan 2AM adalah antara anak didik dia yang berjaya.

Banyak perkara yang dibualkan oleh Kim Bum Soo dan Park Jin Young. Ini menjadi bahan berita di Korea dan saya jumpa terjemahan. JYP berkata yang dia dan kumpulan Wonder Girls tidak lagi begitu mesra. Ini kerana kumpulan Wonder Girls sedang melalui proses pembesaran (?). JYP menganggap Wonder Girls seperti anaknya sendiri dan seperti mana anak-anak yang sedang melalui fasa remaja. Mereka tidak mahu kelihatan bersama dengan ibu bapa sendiri. Kelakar betul JYP ni.

JYP juga berkata yang dia suka dan senang bekerja dengan orang yang disukai berbanding dengan mereka yang pandai menyanyi dan antara mereka itu ialah kumpulan god, Wonder Girls, 2AM dan 2PM.

Kim Bum Soo dan JYP kelihatan mesra mungkin sebab mereka pernah bekerja sama. Lagi pun Yoobin dari kumpulan Wonder Girls pernah muncul untuk rap dalam satu lagu dari album terakhir Kim Bum Soo.

Semasa rancangan ini ke udara, JYP telah menghantar pesanan ringkas kepada penyanyi yang pernah dan masih berada di dalam syarikat nya. Pesanannya ialah “Siapakah JYP kepada mereka?”

Kim Tae Woo membalas dengan ‘The father of my life’. OK yang ni saya tak pasti macam mana nak terjemahkan.

Son Ho Young pula ‘My ideal type’.

2AM Jo Kwon menjawab ‘An existence close to god’.

2PM Nich Khun juga memberi jawapan yang comel iaitu ‘The teacher who likes the rice cake I bought’.

Joo pula membalas dengan, ‘Ooh … It’s very easy to difficult questions. Words can not express it, The lady wanted to be in the world ^ ^ ♡

Rain membalas ‘Hyung, you sure you didn’t send this message to the wrong person?

Sementara itu tiada balasan dari Danny, ChangMin dan WooYoung.

Written by Langit Biru

Februari 27, 2010 pada 9:33 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: