Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Mac 2010

Carta K-Pop untuk Mac minggu keempat 2010

leave a comment »

Minggu ini mari kita lihat persembahan penyanyi. Setiap minggu mereka akan membuat persembahan secara langsung. Nyanyi pun LIVE walaupun ada yang lari atau semput sikit. Tak kurang juga dengan hiasan pentas yang menarik. Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat dan bukannya stesen penyiaran.

Sebab itulah persembahan pada setiap minggu sentiasa dinantikan kerana hiasan pentas, pakaian yang akan menjadi perhatian penonton.

Inilah ialah Outsider, penyanyi rap hip hop terpantas sekali di Korea. Mungkin di dunia juga. Saya suka imej dia yang baru ini nampak lebih muda. Dah le comel, kelakar pula tu. Tapi dia penuh berwawasan. Lagu baru dia memang tidak menghampakan. Dari pemuzik underground, dia ke arus perdana dengan sokongan peminat.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 31, 2010 at 3:23 pm

[08.01.2010] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Para tetamu pada malam itu ialah Bae Ki Sung, H-Eugene dan Kim Na Young. Bae Ki Sung ialah seorang penyanyi.

Saya nampak skarf di sebelah Kim Bum Soo. Ape je yang dibualkan oleh mereka itu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 31, 2010 at 9:24 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , , ,

[07.01.2010] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Pada malam ini, tetamu undangan ialah penyanyi hip hop MC Sniper dan penyanyi wanita Gil Me. Mereka berdua baru sahaja mengeluarkan album masing-masing. Saya suka juga lagu terbaru MC Sniper ni. Sebab ada gabungan dengan muzik orkestra. Gil Me pula saya tak dengar lagi.

MC Sniper juga mempunyai syarikat rakaman sendiri di mana terdapat beberapa artis hip hop yang terkenal seperti Outsider, LEO dan beberapa orang lagi.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 29, 2010 at 9:23 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , ,

[28.03.2010] Album Faizal Tahir tak layak ke AIM

with one comment

Mungkin Diva ni tak pergi sidang akhbar ataupun tak buat kerja rumah dulu. Tapi Kosmo! memang ‘prihatin’ kepada FT ni. Kalau album dah lama siap pun tapi baru nak dikeluarkan apa salahnya.

PENYANYI yang makin popular dengan lagu Selamat Malam ini baru saja meluncurkan album barunya bulan ini. Tiba-tiba, Diva dengar album kedua Faizal Tahir itu sudah pun tercalon dalam Anugerah Industri Muzik untuk beberapa kategori.

Setahu Diva, tarikh tutup untuk menyertai AIM adalah pada bulan Disember lalu. Macam mana pula si Faizal ini dapat bertanding dengan albumnya sedangkan ia baru saja siap?

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 28, 2010 at 12:33 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with

[06.01.2010] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Sekali lagi tetamu yang biasa pada setiap minggu iaitu Lyn dan tak lupa juga K.will. Saya pernah melihat duet di antara Kim Bum Soo dan K.will tapi K.will bersama Lyn belum lagi kot. Mereka bertiga berbakat besar, dengan suara yang mantap.

Nampak gelap pula dalam studio. Ni mesti tak pakai flash.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 27, 2010 at 9:27 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , ,

[26.03.2010] Lima bintang buat Suju

leave a comment »

Satu lagi ulasan konsert dari media tempatan. Saya nak buat ulasan ke tak ye. Sebab hampir semua ulasan sama je dengan ape yang ingin saya sampaikan.

TERPUKAU! Itulah kesimpulan yang menterjemahkan kehebatan persembahan ‘boy band’ terbesar di dunia yang dianggotai oleh 13 orang jejaka kacak di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Berdasarkan persembahan ekstravaganza Super Junior itu baru-baru ini ia sebetulnya mengiakan betapa fenomena yang dicetus oleh kumpulan dari Korea bukan kecil.

BERGAYA seperti perempuan ketika mempersembahkan lagu Chu.

Kehadiran mereka ke ibu negara baru-baru ini memperlihatkan bahawa mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan remaja. Selama tiga jam, Super Junior menjayakan konsert Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2 Live In Malaysia 2010 membawa penonton ralit dengan aura mereka.

Bahkan, harus diakui sebilangan besar yang datang menyaksikan konsert berkenaan memberikan lima bintang buat anak-anak muda itu. Persembahan yang mantap disertai dengan nyanyian merdu, tarian yang mempesonakan dan rekaan pentas serta mainan visual yang hebat cukup membuatkan tenaga 15,000 orang penonton yang hadir tidak kering-kering dari awal sehingga habis konsert itu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 26, 2010 at 9:52 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

[25.03.2010] Konsert Super Junior penuh emosi

leave a comment »

BERADA di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil beberapa jam pada Sabtu lalu sebelum konsert band pop paling popular di Asia, Super Junior berlangsung, suasana biru mengaburi mata.

AURA. Super Junior mendendangkan 35 buah lagu pada konsert julung-julung kali mereka di Malaysia.

Ini kerana kebanyakan peminat yang boleh dikatakan 99 peratus adalah perempuan memakai pakaian dan aksesori berwarna biru.

Apabila ditanya, mereka mengatakan warna biru adalah warna rasmi untuk band yang dianggotai 13 jejaka kacak, iaitu Leeteuk, Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum, dan Kyuhyun.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 25, 2010 at 6:09 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with