Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[01.03.2010] Cetusan warna

leave a comment »

Faizal Tahir, Scha Alyahya, Liyana Jasmay dan Ainul Aishah mahu melaram sakan di permaidani merah ABPBH 2009 pada 4 April dengan busana sentuhan pereka muda dan aksesori Habib Jewels

Oh warna-warna, pada dunia, ku terpesona, kau teristimewa

BEGITULAH antara lirik lagu Warna yang dinyanyikan bekas finalis Bintang Idola Berita Harian 2008, Syazwani ketika majlis sidang media ketiga Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 berlangsung di Palace Of The Golden Horses, petang Rabu lalu.

Persalinan rona merah menjerit rekaan Rizman Ruzaini sangat melekat di tubuh Scha dan LJ. Ia sekali gus memaparkan aura hebat dua pelakon ini. Padanan hitam merah juga begitu tersendiri apabila digayakan Ainul Aishah dan Faizal Tahir. Faizal menggayakan rekaan Hazwani Osman manakala Ainul pula sentuhan Anizam Yusof.

Tak salah cuba sesuatu yang baru

“APABILA penganjur memutuskan untuk memilih cetusan warna sebagai tema, saya rasa itu sesuatu yang menarik kerana belum pernah ada majlis anugerah yang berkonsepkan sedemikian. Biasanya mereka lebih senang memilih warna penuh misteri iaitu hitam untuk menjadi tema. Kalau kita lihat, kumpulan muzik dari luar negara sendiri sudah mula berani menggayakan pakaian yang berwarna -warni.

“Secara peribadi, saya sebenarnya lebih selesa menggunakan warna yang tidak begitu garang seperti warna tanah untuk pakaian saya. Apapun, saya percaya pereka saya Hazwani lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Tak salah kalau kita nak cuba sesuatu yang baru,” kata Faizal yang semakin pulih dari sakit kaki.

Fotografi segera ini sebenarnya berjalan dengan pantas disaksikan langit biru berlatarkan lokasi pilihan, Hotel Palace of the Golden Horses. Menambah seri tiga bunga, mereka cukup anggun mengenakan tajaan Habib Jewels. Sesekali Faizal yang sudah bergelar bapa kepada tiga orang anak ini mula mengusik tiga dara pingitan itu.

Lagak Faizal kononnya seperti aktor Hollywood Tom Cruise dan Scha pula dianggapnya seperti bekas isterinya, Nicole Kidman kerana faktor ketinggian. Manakala LJ pula seperti isterinya Katie Holmes dan Ainul pula seperti Penelope Cruz yang pernah dicintainya.

Sumber : Berita Harian Online (hanya ambil bahagian Faizal Tahir je ;) )

Teguran ikhlas ni. Takde ke salon nak taja rambut FT ni. Tapi dah le amik gambar sekali orang2 yang kecik ni. Gelak tak habis lagi ni. Kot tu dah OK tapi saya suka kot panjang untuk FT. Rambut tu. Kedekut betul BH ni takde ke gambar FT sorang-sorang.

Written by Langit Biru

Mac 2, 2010 pada 9:15 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: