Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[02.03.2010] Cenderahati Eksklusif Super Junior Untuk Rebutan

leave a comment »

Populariti Super Junior, kumpulan dari Korea Selatan yang mula melakar nama selepas disatukan menerusi satu sesi ujibakat pada tahun 2005, terus menjalar sehingga meletakkan mereka di antara kumpulan penyanyi berpengaruh di dekad ini.

Untuk siri penjelajahan ‘Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2‘, selain Kuala Lumpur, SuJu akan singgah di Beijing, China; Taipei, Taiwan; dan Manila, Filipina.

Sempena konsert mereka di KL, sebanyak 1,300 set cenderahati eksklusif ditawarkan buat peminat. Cenderahati ini akan mula dijual pada satu sesi pra-jualan yang akan diadakan pada 6 Mac di T-hop Zone, Tingkat 6, Plaza Sungei Wang, KL bermula 12 tengah hari.

Didatangkan dalam 12 pilihan menarik, setiap set meliputi dua barangan dan dijual pada harga RM120. Setiap peminat hanya dibenarkan membeli paling banyak, dua set dan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Peminat yang membeli satu set cenderahati boleh menikmati potongan harga tiket konsert sebanyak 15 peratus.

Bagaimanapun, cenderahati ini hanya akan diserahkan pada hari konsert di foyer Stadium Putra Bukit Jalil dari jam 4 petang hingga 7 malam. Penebusan cenderahati harus disertakan dengan bukti pembelian. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

‘Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2 – Live in Malaysia 2010’ yang dibawakan oleh Redstar Presents dengan Marctensia selaku pengurusan acara, akan diadakan di Stadium Putra, 20 Mac ini, jam 7 malam.

Tiket dijual pada harga RM458 (tiket RM138 dan RM238 sudah habis dijual). Untuk keterangan lanjut, hubungi Marctensia di talian 03-20921199 atau layari: http://www.marctensia.com.

Tempahan tiket menerusi talian boleh dilakukan dengan menghubungi Axcess di talian 03-77115000 atau menerusi http://www.axcess.com.my.

Sumber : gua.com.my

Written by Langit Biru

Mac 2, 2010 pada 12:46 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: