Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[06.03.2010] Peminat CNBlue marah media

leave a comment »

GARA-GARA artikel pihak media yang melaporkan kesilapan nyanyian salah seorang ahli CNBlue, Jung Yong Hwa, peminat-peminat kumpulan tersebut bengang dengan artikel berkenaan dan menganggapnya sebagai laporan palsu.

PEMINAT fanatik CNBlue tidak senang dengan salah lapor media mengenai idola mereka ini.

Dalam artikel tersebut, ketika mengadakan persembahan dalam program Music Bank, saat membawakan lagu I’m a Loner, Jung Yong Hwa dikatakan terlupa lirik dan dikritik hebat oleh beberapa media.

Bagaimanapun, apabila para peminat kumpulan tersebut menyaksikan semula persembahan mereka melalui video yang telah dirakam, ternyata komen yang diberikan media itu palsu.

Menurut salah seorang peminat CNBlue, ada beberapa pihak media yang kurang berpuas hati dengan kumpulan tersebut lalu memberi komen yang salah.

“Kami terkejut dengan komen yang diberikan. Mereka menyatakan bahawa Jung Yong Hwa terlupa lirik walhal kesemua mereka menyanyi dengan baik sekali. Sungguhpun mereka membuat sedikit kesilapan, ia tidak memberi kesan langsung pada kami.

“Jika mereka tidak tahu atau was-was dengan persembahan yang dibuat, mereka harus bertanya pada kami,” tegas peminat tersebut.

Difahamkan, CNBlue sememangnya digilai oleh peminat-peminatnya di Korea dan mereka akan membalas semula segala kenyataan negatif yang diberikan sebagai respons kepada laporan media.

Sumber: Kosmo! Online

Inilah video persembahan mereka pada hari itu.

Jangan main-main dengan peminat perempuan di Korea.

Written by Langit Biru

Mac 6, 2010 pada 3:41 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: