Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[12.03.2010] Faizal: Saya Tak Sengaja Patahkan Gitar

leave a comment »

KUALA LUMPUR, 12 MAC 2010: Sebaik saja mendapat tahu bahawa Faizal Tahir telah ditimpa kemalangan kecil di dalam rumahnya sendiri, murai.com.my terus menghubungi penyanyi yang hits dengan lagu Sampai Syurga, Coba dan Bencinta ini untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut tentang berita tersebut.

“Ya, saya memang terjatuh dan menghadapi kemalangan kecil di rumah. Disebabkan itu, saya kini agak susah nak bergerak. Saya akan terasa sakit setiap kali bergerak ke kiri dan ke kanan.

“Bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan undangan persembahan di konsert yang akan dijalankan pada Sabtu ini di Kluang, Johor,”  kata Faizal yang ketika itu  dalam perjalanan  ke satu mesyuarat penting menjelaskan keadaan sebenar tentang kemalangan berkenaan.

Dalam pada itu, Faizal yang baru saja melancarkan album digitalnya yang bertajuk Adrenalin mengakui agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa insiden gitar patahnya  sudah diketahui ramai.

“Saya bukan sengaja mematahkan gitar tersebut. Terus-terang saya cakap, saya menangis bila melihat semula keadaan gitar itu. Paling menyedihkan, saya baru saja menggunakan gitar tersebut sebanyak 3 kali.

“Ketika ini, saya sedang mencari orang yang boleh membaik pulih keadaan gitar saya itu. Tapi..agak sukar sebab gitar itu sudah terbelah dua,” jelasnya.

Tambahnya lagi, insiden ini berlaku bukanlah disebabkan dia naik berang atau bengang dengan sesiapa tetapi ia telah berlaku secara tidak disengajakan.

“Sebenarnya, sewaktu saya sedang menyanyi, penyangkut gitar tersebut asyik terbuka dan menganggu persembahan saya. Jadi, untuk menyelamatkan persembahan, saya cuba membuka dan membalingnya ke belakang pentas dengan harapan krew yang ada sempat untuk  menyambutnya.

“Namun, selepas persembahan, saya terkedu melihat gitar itu dalam keadaan terbelah dua,” katanya lagi.

Sumber : murai

Erm… takde ke gambar lain nak letak. Asek gambar dari Satu Suara je.

Written by Langit Biru

Mac 12, 2010 pada 9:02 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: