Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[13.03.2010] Ikon terhangat K-Pop

leave a comment »

13 anak muda. Muzik generasi baru yang dinamakan Korean pop atau K-Pop. Gabungannya lalu muncul ikon terhangat masa kini di Asia – Super Junior!

Kehangatan mereka terbukti apabila single terbaru, Sorry, Sorry dari album ketiga mereka yang juga menggunakan judul sama menguasai carta di Korea dan juga luar negara.

Dalam masa kurang seminggu, Sorry, Sorry telah terjual sebanyak 150,000 unit dengan 29,000 unit daripadanya terjual pada hari pertama ia berada di pasaran.

Ia sekali gus mencipta sejarah apabila mengalahkan album band rock terkenal Korea, Seo Taiji yang dikeluarkan pada waktu yang sama.

Populariti melimpah ruah mengiringi perjalanan Super Junior sejak ditubuhkan pada 2005.

Dalam tempoh lima tahun sahaja, mereka telah melahirkan 19 buah album yang berlainan di beberapa buah negara.

Selain Super Junior yang dikenali dengan 13 orang ahli, mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil yang dikenali sebagai sub-kumpulan Super Junior iaitu Super Junior K.R.Y, Super Junior-M, Super Junior-T dan Super Junior-Happy.

Tujuannya adalah untuk mengembangkan lagi empayar Super Junior supaya mereka menakluk kumpulan sasaran yang berbeza di negara lain.

Ikatan persahabatan antara ahli Super Junior sangat erat apabila syarikat rakaman Super Junior telah meletakkan mereka untuk tinggal dalam sebuah apartmen.

MERIAH. Aksi Super Junior di Shanghai, China baru-baru ini.

Salah seorang anggotanya, Heechul telah beberapa kali memberitahu, jika tidak kerana persahabatan mereka itu, dia sudah lama meninggalkan Super Junior demi kerjaya lakonan.

“Kami umpama adik-beradik dalam jumlah yang besar. Bergaduh itu biasalah tetapi kami akan berbaik semula. Perasaan sayang untuk meninggalkan Super Junior membuatkan saya letakkan ke tepi hasrat untuk fokus pada lakonan,” katanya.

Selain itu, anggota Super Junior, Sungmin yang muncul dalam program Strong Heart baru-baru ini telah membuka pekung yang lama disimpannya.

Sungmin menjelaskan, disebabkan ahli yang ramai dan ada antara mereka yang lebih menonjol daripadanya.

“Saya selalu berada di tengah-tengah. Saya rasa dalam nyanyian, lakonan, rupa, ketinggian dan semuanya tentang diri saya adalah di tahap biasa sahaja. Tiada yang menyerlah tentang saya berbanding yang lain,” ujarnya.

Tambahnya: “Mungkin kerana saya berada di tahap biasa, tidak banyak berita yang dilaporkan tentang diri saya. Saya sangat berharap agar lebih banyak berita ditulis tentang saya.”

Kontroversi hebat pernah melanda Super Junior antaranya, kes langgar lari salah seorang anggota Super Junior pada tahun lalu, Kangin yang menyebabkan peminatnya terkejut dengan berita tersebut.

Dicemuh dan dihentam pelbagai pihak dek sikap tidak bertanggungjawabnya yang memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar sebuah teksi.

MESKIPUN banyak kontroversi melanda Super Junior, populariti mereka tidak pernah pudar.

Kangin telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap peminat terus menyokongnya.

“Tiada apa yang hendak dikatakan selain memohon maaf beratus kali. Saya sepatutnya lebih berhati-hati. Selepas kemalangan itu, saya telah mengecewakan ramai pihak dan hidup dalam perasaan bersalah setiap hari.

“Saya sangat tertekan dan malu dengan apa yang berlaku. Buat peminat yang masih menyokong saya, terima kasih. Banyak pengajaran yang telah saya pelajari daripada kejadian ini,” ujarnya yang terlibat dalam satu lagi kemalangan sebelum itu.

Selain itu, salah seorang anggota Super Junior berasal dari China, Han Geng telah memfailkan saman terhadap SM Entertainment supaya melepaskannya daripada kontrak eksklusif.

Han Geng mendakwa kontrak selama 13 tahun adalah terlalu panjang dan tidak munasabah. Dia meraih populariti yang mendadak apabila dipilih menyertai Super Junior dan sub kumpulan Super Junior-M. Kes tersebut masih lagi berjalan.

“Saya telah menyerahkan semua perkara kepada peguam yang dilantik buat masa sekarang saya hanya mampu menunggu. Bila keputusannya keluar saya akan umumkan kepada semua.

“Buat masa ini saya lebih banyak berehat memandangkan banyak masa terluang. Saya teringin untuk menjadi aktor. Perjalanan seni saya masih panjang dan saya tidak pernah menyesal memilih bidang seni sebagai kerjaya,” katanya dalam satu temubual di Beijing.

Sumber : Kosmo Online

Written by Langit Biru

Mac 13, 2010 pada 3:20 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: