Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[15.03.2010] Super Junior 4 jam gegar Shanghai

leave a comment »

AURA yang dimiliki selebriti Korea memang cukup mengujakan. Seperti mana populariti aktor drama Winter Sonata, Bae Yong Jun, penyanyi Rain mahupun kumpulan Wonder Girls, mereka antara selebriti yang mencipta fenomena kerana mempunyai ramai peminat.

Menariknya, peminat mereka bukan hanya dari kelompok di negara sendiri, malah ia merangkumi seluruh dunia hingga Malaysia.

Bagi peminat tempatan yang mengikuti perkembangan hiburan dari sana, pasti mengetahui kumpulan popular Super Junior akan singgah di Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan.

Mereka akan mengadakan persembahan siri jelajah di beberapa negara Asia termasuk Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Mac ini anjuran Redstar Presents dan Marctensia.

Mengenali kumpulan ini, mereka yang mempunyai 13 anggota lelaki sebenarnya mencipta nama sejak lima tahun lalu menerusi genre muzik pop, dance, r&b dan trot. Menerusi pencapaian 19 album, mereka membuktikan bilangan anggota yang ramai mampu menarik perhatian.

Sebelum Super Junior yang turut dikenali SJ atau Suju menjejak kaki di sini, penulis berkesempatan menyaksikan persembahan mereka, Super Junior 2nd Asia Tour Super Show 2 yang mengadakan persembahan di Stadium Tertutup Shanghai, China baru-baru ini.

Berbeza dengan suasana di luar stadium, di dalamnya pula cukup meriah apabila penonton memenuhi segenap ruang yang ada. Mungkin cuaca sejuk yang mencecah hingga 2 darjah celcius membuatkan penonton tidak mahu membuangkan masa tunggu di luar.

Biarpun belum kelihatan 13 anggota berkenaan, penonton yang hadir awal sejak sejam bersorak sambil menghayun lampu berwarna biru. Apabila lampu stadium dimalapkan, sorakan penonton bertambah gamat.

Memberikan gimik, 13 anggota yang terdiri daripada Leeteuk, Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun, mereka membuat kejutan apabila muncul dari lubang yang dibuat khas dari bawah pentas.

Melihat pada aksi dan penampilan anggota kumpulan ini, majoriti penonton yang terdiri daripada peminat wanita cukup teruja menjerit nama anggota yang mereka sukai. Ada antara mereka merakam kenangan persembahan itu menerusi telefon bimbit dan kamera, malah ada yang sanggup berdiri walaupun mempunyai tempat duduk.

Ketika kumpulan ini memperkenalkan diri, nyata setiap anggota mempunyai peminat sendiri. Mungkin wajah kacak atau ‘jambu’ mereka lebih menambat perasaan peminat wanita yang menganggap sebagai idola.

Di awal persembahan, kumpulan ini lebih senang menunjukkan aksi tarian mereka seirama muzik rancak yang dimainkan.

Mereka membuka persembahan dengan lagu Ke Wang diikuti U, Shi Ni, Ta Hen Wei Xian, An Zer La, Miracle, Disco Drive, Dancing Out, Baby Baby, My Beautiful, Fang Qi, Insomnia dan Yuan Liang Wo.

Persembahan tanpa henti diselang-seli nyanyian dan tarian diteruskan dengan lagu popular What If, Li Bie Ni Rong Yi Ma, Honey, So Na Ta, Dun Dun, Twins, Puff The Magic Dragon, Sick Of Love, Who Am I, Super Girl, Sorry Sorry, Chu, Ro Gu Ge, Mi Tan Zi, Pa Za Ma Party, Ka Ni Bar, Wonder Boy dan Marry U.

Berbeza dengan kumpulan lain, Super Junior menampilkan persembahan bertenaga bersama tarian koreografi yang seragam dan cukup menghiburkan.

Apa yang menarik perhatian, mereka bukan hanya berkebolehan menyanyi sebagai satu kumpulan, tetapi turut diberi peluang tampil sebagai penyanyi solo dalam persembahan kali ini.

Sebagai kumpulan yang memperjuangkan muzik pop Korea atau K-Pop, sambutan yang diberikan peminat seperti di Shanghai memang di luar dugaan. Apa yang jelas, walaupun mereka membawa lagu dalam bahasa Korea, ia tidak menjadi halangan diminati peminat yang bukan dari negara mereka.

Malah, peminat China juga mampu menyanyi bersama-sama lagu yang dipersembahkan. Atas sokongan peminat ini, membuktikan penerimaan terhadap muzik Korea makin meluas.

Nyata, peminat sebenarnya lebih terhibur dengan pesona pada penampilan dan gaya persembahan anggota kumpulan ini berbanding memahami makna di sebalik lagu yang dinyanyikan.

Memandangkan bilangan anggota yang ramai, persembahan sentiasa berterusan. Sambil menyanyi mereka juga sempat bertanya khabar, berterima kasih dan melambai tangan kepada penonton.

Dalam asyik menyaksikan persembahan berkenaan, tanpa sedar persembahan mereka mencecah hampir empat jam. Memberi kenangan manis pada kunjungan kali ini, di akhir persembahan penonton melempar pelbagai hadiah seperti anak patung dan bunga ke atas pentas.

Bagi peminat tempatan yang ingin menyaksikan persembahan Super Junior di sini yang julung kali diadakan, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket menerusi talian Axcess, 03-7711 5000 atau layari laman web, http://www.axcess.com.my.

Menurut penganjur, tiket berharga RM138 dan RM238 sudah habis dijual manakala peminat masih berpeluang mendapat tiket di kawasan Rock Pitt bernilai RM458.

Sumber : myMetro

Written by Langit Biru

Mac 15, 2010 pada 3:35 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: