Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[17.03.2010] Hebatnya sengat Suju

leave a comment »

HEBAT sungguh sambutan terhadap kemunculan kumpulan dari Korea Selatan, Super Junior. Bukan hanya di negara kelahiran mereka, malah populariti kumpulan yang turut dikenali dengan gelaran SJ atau Suju itu mencetus fenomena tersendiri di seluruh rantau Asia termasuk Malaysia.

Malah, teman SS yang mengikuti persembahan kumpulan yang dianggotai 13 pemuda kacak di Negara Tembok Besar China, baru-baru ini, cukup teruja melihat persembahan mereka. Memang satu fenomena yang luar biasa dicetuskan kumpulan ini. Mungkin ramai yang tidak terkejut memandangkan kebelakangan ini beberapa nama selebriti dan boyband daripada negara itu semakin menyerlah serta hangat diperkatakan.

Memandangkan Super Junior akan membuat kemunculan sempena Konsert Super Junior 2nd Asia Tour Super Show 2 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Mac ini, bermacam cerita yang SS dengar mengenai mereka.

Jangan salah faham bukan cerita yang tidak elok sebaliknya mengejutkan ketika teman SS bertemu dengan penganjur Redstar Presents dan Marctensia khabar gembira yang dimaklumkan tiket yang dijual pada minggu pertama hampir 80 peratus terjual. Dalam fikiran teman SS itu, hebat pula penangan mereka di Malaysia.

SS difahamkan peminat kumpulan ini bukan hanya di kalangan gadis remaja, malah golongan dewasa dan tidak terkecuali kanak-kanak cilik.

Buktinya, rakan sekerja SS yang bertemu dengan penganjur konsert itu baru-baru ini menerima e-mel daripada ibu seorang kanak-kanak berusia lima tahun. Dalam kandungan e-mel itu, ibu terbabit memberitahu bertapa fanatik anak kecilnya sehingga mampu menari dan menyanyi lagu Suju. Malah, untuk tidak menghampakan puteri kesayangannya itu mereka sekeluarga sanggup mendapatkan tiket bernilai RM458 khas untuk menyaksikan persembahan mereka di KL kelak.

Malah, anak gadisnya itu teringin benar mendapatkan autograf kumpulan berkenaan ketika kunjungan ke Malaysia nanti. SS difahamkan, pihak penganjur tidak merancang mengadakan sesi autograf atau bertemu peminat memandangkan jadual aktiviti kumpulan berkenaan cukup padat. Begitupun penganjur seharusnya mengambil kesempatan untuk mendekatkan mereka dengan peminat di sini. Seperkara yang menarik, SS difahamkan, nama mereka tersenarai dalam rekod sebagai boyband yang mempunyai anggota paling ramai. Kalau di Malaysia, kumpulan artis paling ramai tentunya Rabbani. Nantilah SS nak kira betul-betul berapa sebenarnya anggota Rabbani dulu dan sekarang.

Sumber : myMetro

Written by Langit Biru

Mac 17, 2010 pada 6:29 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: