Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Danny Ahn belanja staf ‘Dream Team’

leave a comment »

Sedihnya bila saya mendapat tahu tentang berita ini. Danny Ahn tidak lagi akan menjadi kapten untuk pasukan Dream Team. Kacaknya dia dalam gambar ini. Nampak dewasa.

Danny Ahn telah mengeluarkan wang untuk meraikan 140 staf produksi dan ahli pasukan yang terlibat dalam rancangan realiti “Dream Team”. Dia melakukan perkara tersebut semasa hari terakhir sesi penggambaran, dia ingin meraikan dengan memberi hidangan istimewa kepada semua yang terlibat sebagai penghargaan.

Saya tak tau episod terakhir dia dalam Dream Team. Sedihnya. Sebab dia lah saya menonton rancangan ini di KBS World.

Menurut pengurusan Danny, dengan memberikan makanan yang enak kepada ahli pasukan dan juga staf produksi merupakan sesuatu yang bagus, Danny Ahn ingin memberi sesuatu sebelum dia meninggalkan rancangan ini dan juga selaku ‘kapten’ untuk “Dream Team”. “Mereka telah melayan dan menjaga saya dengan baik sewaktu penggambaran. Oleh itu saya ingin membalas dengan sesuatu yang enak.”

Dia juga turut berkata, “Sepanjang saya berada di dalam rancangan ini, mereka begitu baik terhadap saya, dan saya ingin memberi hadiah yang amat bermakna. Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat saya yang telah menyokong saya. Saya akan berusaha keras dan bekerja lebih untuk menunjukkan sisi matang Danny Ahn dalam projek seterusnya. Sila tunggu projek saya.”

Apakah projek seterusnya untuk Danny Ahn. Adakan dia akan berlakon dalam drama, teater atau filem. Mungkin juga dia akan muncul dengan album baru. Tak sabarnya nak tau.

Written by Langit Biru

Mac 17, 2010 pada 3:12 pm

Dikirim dalam Berita, Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: