Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Bum Soo dalam perhatian selepas komen mengejutkan

leave a comment »

Saya rasa kasihan pada Kim Bum Soo terhadap perkara ini. Mungkin dia tersalah cakap tapi anggapan orang lain pula. Korea pula ramai orang yang ‘prihatin’ terhadap isu-isu semasa.

Penyanyi dan MC Kim Bum Soo telah diletakkan dalam pemerhatian Suruhanjaya Komunikasi Korea selepas komen kontroversi yang dibuat olehnya pada siaran 15 Mac 2010 yang lalu.

Penyanyi yang berumur 32 tahun itu berada dalam situasi apabila dia berkata sewaktu dia muda dia selalu mengacau wanita di waktu malam dengan berjalan di belakang wanita tersebut dengan anggapan yang mereka diikuti.

Selepas itu, pendengar wanita yang terkejut mendengar kisah itu membuat aduan kepada radio stesen dan meninggalkan pesanan di papan mesej online rancangan radio tersebut. Ada yang ingin Kim Bum Soo membuat permohonan maaf dan ada juga yang ingin Kim Bum Soo dikeluarkan dari rancangan tersebut.

Syarikat pengurusan Kim Bum Soo tidak memberi sebarang penjelasan terhadap isu tersebut dan menyatakan yang Kim Bum Soo teruja apabila ke udara dan dia juga baru saja lima bulan menjadi DJ radio. Stesen radio tersebut juga berkata yang ini masih terlalu awal untuk menggantikan dia.

Mungkin juga komen Kim Bum Soo itu tidak kena pada masanya memandangkan di Korea sekarang hangat dengan kes seorang lelaki yang merogol dan membunuh seorang wanita di Busan. Tapi kadang-kadang reaksi pendengar dan warga Internet di Korea melampaui batas dan boleh menghancurkan periuk nasi seseorang.

Terkini, Kim Bum Soo telah meminta maaf di laman web dia pada 17 Mac yang lalu.

Written by Langit Biru

Mac 19, 2010 pada 3:04 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: