Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[21.03.2010] Aku.Muzik.Kamu: Saingan sengit muka baru dan lama

with one comment

ASSALAMUALAIKUM. Salam sejahtera kepada semua pembaca B*Pop. Tatkala saya menulis artikel ini, saya baru saja pulang dari menghadiri sidang media Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Alhamdulillah, album terbaru saya, Adrenalin tercalon untuk kategori Album Rock Terbaik.

Lagu Bencinta pula tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik dan juga Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Tahniah juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan lain yang tercalon untuk AIM17 ini. Secara keseluruhannya, pencalonan kali ini dilihat sebagai paling sengit dan berkualiti. 

Seperti kelaziman, ramai nama baru mendominasi pencalonan bagi setiap kategori. Tidak kurang juga artis senior yang melakukan ‘come back’ dan mendapat banyak pencalonan. Yang paling ketara ialah penyertaan daripada Disagree dan Altimet. Tahniah diucapkan. Pada pemerhatian dan pendapat saya, AIM kali ini menyaksikan satu perubahan yang sangat besar daripada segi kualiti hasil kerja artis yang tercalon bagi setiap kategori. Ini membuktikan industri muzik kita sudah mengambil satu langkah besar dalam memartabatkan hasil karya kreatif tanah air.

Saya teruja dan bergembira dengan pencapaian ini. Seperti yang sering saya katakan, saya cukup berbangga berada bersama kelompok baru artis berbakat tanah air. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak AIM17 dan panel juri profesional yang percaya dengan bakat saya dan memilih hasil kerja saya untuk dicalonkan dalam AIM kali ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada teman baik saya, kumpulan Bunkface atas kejayaan pelancaran album pertama mereka, Phobia Phoney. Selepas setahun menggegarkan industri hiburan dengan single seperti Situasi, Revolusi, Silly Lilly, Prom Queen dan yang terbaru, Extravaganza, mereka muncul juga dengan album studio.

Justeru, kepada semua penggemar muzik , jangan lupa untuk membeli album Bunkface ini. Pastikan yang asli dan terus menyokong bakat muda kita. Terbukti, anak muda ini adalah satu fenomena baru dalam mewarnai industri muzik Malaysia. Tahniah Bunkface dan keep up the good work!

Syukur pada Allah kerana dengan izinNya, saya juga baru saja mengeluarkan album terbaru, Adrenalin pada minggu lepas. Alhamdulillah, akhirnya selepas lebih dua tahun menunggu, album ini sudah berada di pasaran untuk dinikmati oleh peminat dan penggemar muzik tanah air. Adrenalin diterbitkan sepenuhnya oleh Audi Mok dan saya sendiri.

Album ini memuatkan lapan lagu termasuk satu lagu versi akustik. Lagu yang terkandung seperti Adrenalin, Superhero, Selamat Malam, Karma, Hanyut, Bencinta, Muzik, Semesta dan Hanyut (Akustik). Inilah sumbangan kecil saya kepada industri muzik Malaysia. Semoga kehadiran album ini serba sedikit dapat mewarnai industri muzik kita dan diterima dengan baik oleh semua.

Seperti kelazimannya, belilah yang asli dan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mempercayai diri saya ini dari dulu hingga sekarang. Saya dedikasi album ini sepenuhnya kepada semua peminat dan industri muzik Malaysia serta kepada teman baik saya, Allahyarham Mohd Shukor yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minggu lepas.

Saya terlalu sedih kerana Allahyarham tidak sempat menyaksikan kejayaan terbaru saya kali ini. Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham menjaga kerjaya saya dengan begitu baik dan sentiasa berada bersama saya pada setiap waktu, susah mahupun senang. We miss u Koi… Al-Fatihah.

Sehingga bertemu di lain keluaran, teruskanlah menyokong industri muzik Malaysia dengan menyokong artis tempatan, wassalam.

Sumber : Berita Harian Online.

Tahniah di atas pencalonan untuk AIM. Baru je keluar album dah tercalon. :)

Written by Langit Biru

Mac 21, 2010 pada 4:32 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. FT sangat best….gud luk “MY BOSS MY HERO” utk AIM n ABPBH…..RCs will alwiz support u….TERBAIK MALAYSIA…….^^v

    aziema hajime

    Mac 26, 2010 at 2:34 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: