Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[24.03.2010] Kehebatan SuJu memang terbukti!

leave a comment »

Ulasan yang positif. Dari suratkhabar English pun sama. Tapi artikel ini ada beberapa kesalahan info. Tapi takpelah. Versi online tiada gambar, tak suka.

SUPER Junior atau lebih popular dengan nama SuJu akui perkara yang tidak digemari setiap kali mereka mengadakan konsert adalah menghampakan peminat.

Lalu sebagai kumpulan yang sudah terkenal, mereka mengotakan janji itu ketika menghiburkan 15,000 peminat di Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Kumpulan 13 penyanyi itu menepati status profesional apabila mempamer aksi hebat apabila menjayakan konsert selama tiga jam sempena Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2. Anggota kumpulan itu diketuai Leeteuk bersama rakannya – Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun.

Sebaik saja memulakan persembahan tepat jam 8 malam menerusi lagu Thirsty, suasana dalam stadium berterusan bingit sehinggalah lagu terakhir Marry U didendangkan jam 11 malam. Penonton seperti terkena histeria apabila menjerit melaungkan nama anggota SuJu setiap kali mereka menyanyi sepanjang persembahan. Tidak nampak tanda-tanda peminat mahu berganjak langsung meninggalkan tempat mereka. Pentas turut menyaksikan artis Malaysia seperti Iqwal dan kumpulan tarian Thomas and Jack membuka pentas dengan dua lagu.

SuJu mendendangkan 35 lagu berentak rancak, fantasi dan balada selain electric dance, pop, tekno, R & B, rock dan light jazz. Pada satu peringkat, SuJu membuktikan kreativiti mereka apabila menggabungkan elemen klasikal Fur Elise Beethoven bersama intro campuran ala heavy metal Wasted Years Iron Maiden dan Thunderstruck AC/DC menerusi So Na Ta at Temptation.

Peminat begitu teruja apabila mereka menyanyi bersama melalui beberapa lagu seperti My Beautyful, Insomnia, Our Love, Angela, Chu, Rock N Go dan Sorry, Sorry. Menarik pula ketika Puff The Magic Dragon, ia menyaksikan SuJu membuat sketsa keanak-anakan mengenai seorang bayi yang meminati naga. Lebih menarik, pentas canggih kumpulan dari Korea Selatan dibina dengan kos RM6 juta, dilengkapi tiga skrin besar untuk tayangan video klip, kesan khas pancaran laser pelbagai warna, pancaran mercun dan bunga api yang hebat.

Paling ketara, pentas hidrolik berprestasi tinggi seperti landasan kapal terbang bersimpang T berhampiran tempat duduk dan tempat penonton berdiri memudahkan peminat melihat wajah setiap anggota SuJu dengan lebih dekat. Ada peminat fanatik turut membawa bersama bantal, kotak, bunga, patung kanggaru, sepanduk, kain pemidang yang dilemparkan atas pentas. Penonton turut berbalas tembakan dengan penyanyi SuJu dengan menggunakan pistol dan senapang air.

Sejak ditubuhkan empat tahun lalu, populariti kumpulan boy band terbesar di dunia ini terus meningkat di kalangan peminat rantau Asia.

Bukan sekadar wajah jadi aset malah tarian serta aksi tarian bertenaga dipamer sentiasa membuatkan SuJu mendapat perhatian serta pujian daripada koreografer profesional dan media antarabangsa. Siwon berkata, konsert itu kali pertama diadakan di Malaysia walaupun pernah dua kali datang termasuk menjayakan MTV Asia Awards “Sokongan diterima di Malaysia sangat hebat. Kami memang mahu beri persembahan terbaik untuk peminat Malaysia.

“Walaupun cuaca agak panas tetapi kami suka berada di negara ini kerana mempunyai pemandangan cantik. Dengan sambutan hebat diberikan seperti itu, kami berharap dapat datang semula menjayakan konsert di Malaysia sekali lagi,” katanya.

Kebanyakan peminat hadir seawal jam 2 petang berkumpul di luar stadium menyiapkan pelbagai sepanduk dan pemidang untuk kumpulan kesayangan mereka itu. Ada antara mereka datang dari Indonesia, Singapura, Jepun dan Korea.

Ia konsert kelapan SuJu dalam Jelajah Asia sejak bermula di Korea Selatan Julai tahun lalu diikuti Hong Kong, Thailand Taiwan dan China. Malaysia destinasi kedua terakhir sebelum konsert terakhir di Araneta Coliseum, Manila pada 10 April depan. Konsert itu anjuran Redstar Presents bersama pengurusan konsert Marctensia.

Sumber : Oleh Esme Johari Wahab / esme@hmetro.com.my

Written by Langit Biru

Mac 24, 2010 pada 8:57 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: