Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[22.03.2010] Hebatnya Penangan Super Junior!

leave a comment »

Suka ulasan yang ini. Saya baru dapat masuk laman web gua.com.my. Tepat, padat dan mempunyai gambar.

Tak tertidur rasanya para peminat Super Junior (SuJu) malam Sabtu lalu. Apa tidaknya, terkenangkan 10 jejaka dari ‘boyband’ Korea kegilaan ramai itu. Selepas lebih sebulan menanti, akhirnya tiba juga mereka di tanahair walaupun kekurangan tiga anggota – Han Geng, Kang-In dan Kibum.

Meskipun bukan kumpulan lengkap yang menemui 15 ribu peminat yang mengelarkan diri mereka ELF – yang bermaksud ‘Ever Lasting Friends’ – di Stadium Putra Bukit Jalil tetapi jelasnya, tiada seorang peminat pun yang kelihatan terlalu kecewa. Masih ada 10 jejaka untuk mencuci mata mereka, yang sesekali suka mengusik dengan menayangkan bahagian abdomen mereka.

Sempat lagi ber catwalk di pentas

Ketidakhadiran tiga anggota tidak sekalipun mencacatkan persembahan SuJu yang sememangnya ‘slick’ dan profesional. Sebaliknya, persembahan yang disajikan cukup bertenaga dan menghiburkan, menepati citarasa anak-anak gadis yang telah mengisi hampir setiap penjuru stadium tertutup itu.

Antara tarikan suju adalah bakat tarian mereka

Bingit keadaan stadium dari permulaan konsert yang telah bermula sekitar jam 8 malam hingga lagu terakhir yang disampaikan, “Marry U”. Tak habis dengan jeritan, sorakan dan tepukan. Setiap kali nama salah seorang anggota diumumkan atau membuat penampilan di pentas, itulah ‘cue’ para peminat fanatik ini untuk berteriakan.

Nak saja dibawa mereka pulang ke rumah

Tempoh masa hampir tiga jam melihat SuJu mendendangkan 35 lagu popular mereka. Antaranya, “U”, “It’s You”, “She’s Dangerous”, “Disco Drive”, “Dancing Out”, “Insomnia”, “Forgive Me”, “Honey”, “Twins” dan “Sorry, Sorry”. Tak lupa juga Super Junior-K.R.Y, Super Junior-T dan Super Junior-M, yang merupakan pecahan daripada SuJu, turut membuat persembahan dengan lagu “Ibyui Nun Sipni” (yang bermaksud ‘Mudahkah Berpisah Dari Anda?’), “Rokuko”, “Blue Tomorrow” dan “Super Girl”.

Boyband Korea kegilaan ramai

Kebanyakan lagu-lagu yang dipilih bercorak pantas, sesuai dengan imej mereka yang muda dan bertenaga. Dan semestinya juga memberikan mereka peluang untuk menunjukkan bakat tarian mereka. Itulah antara tarikan Super Junior, kelincahan dan pergerakan tarian mereka. Tak sia-sia disediakan pentas sebesar itu.

Comel bukan mereka ni

Yang turut membuatkan mereka menarik untuk disaksikan adalah keletah dan gaya mereka yang sempoi dan bersahaja. Pentas itu dibuat seperti rumah sendiri dengan lawak mereka sesama sendiri. Empat tahun bersama tempoh masa yang mencukupi untuk menjalinkan satu persefahaman dan persahabatan yang erat.

Hee Chul dengan aksi pistol air nya

Berlainan daripada kebanyakan kumpulan yang mungkin melihat diri mereka dengan terlalu serius, ternyata SuJu mempunyai ‘sense of humour’ dan tidak malu menjadikan diri mereka sebagai bahan lawak.

Macam di rumah sendiri pulak

Tak kering gusi para penonton tatkala menonton persembahan lagu “Puff the Magic Dragon” yang melihat mereka mengenakan kostum serangga comel sementara untuk “Chu” mereka tampil pula sebagai gadis-gadis manis.

Saat SuJu mengucapkan selamat tinggal selepas menyampaikan ‘encore’ mereka, sampai ditanggalkan baju kemeja mereka untuk diberi kepada peminat bertuah, kelihatan ramai yang terasa berat hati meninggalkan stadium. Dong-Hae nampaknya juga berkongsi perasaan yang sama apabila enggan bangun dari pentas.

Menampilkan satu persembahan yang cukup profesional

Tempoh masa hampir tiga jam berlalu dalam sekelip mata. Jauh dari membosankan, sebaliknya anak-anak muda ini telah memberikan satu persembahan yang cukup mempesonakan. Begitulah penangan Super Junior!

Sumber : Li Ee Kee (gua.com.my)

Written by Langit Biru

Mac 25, 2010 pada 12:35 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: