Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[31.03.2010] Showdown 2010 Ep. 1

leave a comment »

Saya baru je menyaksikan rancangan realiti terbaru di 8TV iaitu Showdown 2010. “Rancangan Showdown 2010 ini adalah bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat penari-penari ‘street’ atau ‘freestyle’ yang sudah lama bertapak di Malaysia.”

Saya memang tak pandai menari dan langsung tidak mempunyai kawan yang terlibat dengan dunia tarian. Tapi saya memang berminat melihat aksi tarian jalanan tak pun sebarang tarian. Sejak sekolah lagi saya sudah melihat filem-filem yang berteraskan tarian dan muzik. Sanggup lah mencari info terkini di Internet dan pergi menyewa DVD. Ye, lah filem-filem selalunya dihasilkan dalam bentuk DVD.

Saya juga telah pergi menonton teater hip hop muzikal dari Korea pada tahun lepas apabila mereka mengadakan pertunjukan di sini. Lepas tu 8TV juga ada menyiarkan pertandingan akhir tarian hip hop R16 dari Korea. R16 tak silap saya antara pertandingan tarian street dance yang terkemuka di Korea dan peringkat dunia. Saya tak lah tengok sangat sebab tiada sarikata bahasa Melayu atau English. Tapi nasib baik lah faham sikit bahasa Korea. Patutnya siarkan juga konsert hip-hop artis Korea selepas itu. Woot, Movement Crew.

Episod pertama ini mula disiarkan di 8TV pada pukul 9.30 malam bermula 31 Mac 2010. Tapi selisih pula dengan Glee pukul 10 malam. Apabila rancangan ini diumumkan pada tahun lepas, saya agak mungkin seperti rancangan “American Best Dance Crew”. Pengenalan rancangan bagus, sebab memperkenalkan budaya hip hop Malaysia. Yang menariknya ia memberi peluang kepada artis hip hop tidak kira bangsa dan bahasa untuk berbicara. Ada yang bercakap dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan juga Tamil. Terharu pula tengok.

Saya hanya mengikuti muzik hip hop Malaysia mungkin sejak Too Phat lagi tapi saya hanya mengikuti artis yang muncul di arus perdana sahaja. Kalau mana yang underground tu memang saya tak tau langsung. Tapi kalau artis underground Korea saya tahu je.

Mula-mula, saya ingatkan rancangan ini akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Tetapi rupanya dalam bahasa Melayu. Sukanya saya. Bagus betul. Walaupun diselang selikan dengan bahasa Inggeris tapi ini sudah memadai. Pengacara pun ok jugak lah. Ceria dan aktif betul Hafiz tu.

Apa lagi yek. Hakim untuk sesi uji bakat ialah seorang penari perempuan yang terkenal di Malaysia dan Joe Flizzow. Tapi patutnya ada lagi seorang lah. Elok sikit kalau ada tiga juri. Mereka berdua ni agak santai. Bila tengok kru yang mencuba itu kru Melayu mereka bercakap dalam bahasa Melayu dan jika tak pun dalam bahasa Inggeris.

Episod ini menceritakan tentang uji bakat yang diadakan di beberapa negeri di seluruh negara. Agak runsing juga lah sebab berterabur. Mula-mula cerita pasal ujibakat di negeri A kemudian di negeri B lepas tu balik ke A. Kenapa tak buat satu-satu je.

Hampir semua kru ialah lelaki untuk episod ini. Ada juga lah perempuan. Kumpulan shuffle pun ada jugak. Bila ditanya kebanyakan mereka berkata yang mereka melihat Youtube sebagai sumber inspirasi. Memang pun, sebab ada sesetengah pergerakan mereka macam filem-filem tarian terdahulu seperti Step Up. Ini pun adik saya yang memberitahu sebab dia tengok berulang kali. Samalah dengan saya tapi saya tak ingat pula pergerakan mana dari filem mana kan.

Setiap rancangan realiti mesti ada drama kan. Sama lah juga dengan ini. Pertandingan ini ialah berkumpulan tapi ada ingatkan untuk solo. Takkan lah tak baca informasi atau cari maklumat selengkapnya. Patutnya kenalah amik tau semuanya bukan takat nak berlatih untuk ujibakat. Sedih juga lah bila tengok ada peserta yang kematian bapa pada pagi sebelum dia menghadiri uji bakat. Tapi dia tetap teruskan sebab untuk membuktikan kebolehannya.

Baru saya ingat, ada kru yang menggunakan lagu ‘Nobody’ versi Korea dari Wonder Girls. Tengok, kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan Korea mesti saya ingat. Setakat ini saya tiada kru kegemaran lagi. Kalau saya rajin nanti saya akan buat ulasan lagi untuk episod seterusnya.

Written by Langit Biru

April 1, 2010 pada 9:51 am

Dikirim dalam Artikel

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: