Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[02.04.2010] Faizal Tahir alih kompas ke JB

leave a comment »

TATKALA kebanyakan artis tanah air dilamar menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di hotel ternama sekitar Lembah Klang, penyanyi Faizal Tahir pula mengalih kompas ke Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru untuk menghiburkan kumpulan setiausaha di sana pada 21 April depan.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada Johor), Faizal akan beraksi mulai jam 12 tengah hari. Dijangka berlangsung selama 45 minit, rocker sensasi Malaysia itu menjanjikan persembahan terbaik, mantap dan bertenaga.

Hakikat ini kerana tawaran daripada hotel berkenaan adalah yang pertama kali diterima Faizal bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Bahkan itu juga persembahan solo pertama untuk sambutan berkenaan selepas sering menjadi penyanyi undangan.

Pada sidang media di Hotel One World, Petaling Jaya kelmarin, Faizal akui dia sangat berbesar hati menerima tawaran itu kerana masih ada pihak sudi memberi peluang kepadanya. Ujarnya, sebagai penyanyi rock memang jarang sekali menerima peluang sebegitu. “Saya akan cuba sedaya-upaya menampilkan persembahan terbaik buat tetamu yang hadir. “Ditambah lagi, mereka sudah membeli tiket dan meja yang mahal untuk menyaksikan persembahan saya, saya perlu kembalikan kepuasan buat mereka.

“Memang saya tidak menyangka ada penganjur di Johor Bahru yang sudi memberi peluang kepada artis rock seperti saya. Apa yang pasti, saya mahu menjayakan persembahan ini secara santai, lebih mesra dan dekat dengan tetamu. “Selain tumpuan kepada nyanyian, saya juga mahu lebih berkomunikasi bersama mereka nanti. Menjadi tanggungjawab saya membuat penonton terhibur. “Jadi saya akan diiringi pemuzik profesional dan bukan muzik minus-one.

“Jujurnya, saya akui kalau sebelum ini orang sering memberi komen Faizal Tahir suka menyanyi minus-one, tetapi bagi 2010, saya kena ubah persepsi,” katanya.

Calon Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) itu turut mengakui dia selesa menyanyi dengan diiringi pemuzik kerana lebih seronok.

Katanya, tahun ini dia lebih banyak menyanyi dengan live band.

“Saya tahu kebanyakan artis lebih suka menyanyi minus-one sebab mudah dan ringkas. Saya juga sebenarnya lebih suka membuat persembahan spontan berbanding merancang awal. Jadi, nantikan saja persembahan itu kelak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Persada Johor, Abdul Hamid Ahmad Maulana, berkata selain warga Johor, persembahan Faizal akan disaksikan peminat dari negara jiran, Singapura. Ujarnya, pemilihan Faizal untuk menjayakan persembahan Minggu Setiausaha dibuat kerana namanya sudah cukup dikenali ramai termasuk mempunyai kelompok peminat tersendiri. Orang ramai dan syarikat korporat yang berminat menyaksikan persembahan Faizal sempena Minggu Setiausaha boleh membuat tempahan meja dengan harga antara RM3,500 hingga RM10,000.

Sumber : mymetro

Written by Langit Biru

April 3, 2010 pada 3:24 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: