Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kisah

KISAH BLOG INI:

Saya mengikuti hiburan tempatan melalui surat khabar dan kini Internet. Saya juga meminati hiburan dari luar negara seperti Korea, Indonesia dan yang lain. Kini saya menulis mengenai apa yang saya suka.

Minat saya berubah mengikut keadaan semasa. Dari boy band (Backstreet Boys, KRU), Indo Pop, C-Pop, J-Pop, K-Pop dan tetap kepada muzik tempatan.

Inilah tempat di mana saya akan menulis mengenai ulasan drama, mengenai artis, rungutan, komen mengenai apa-apa yang menarik minat saya di dalam dunia hiburan.

Saya juga menulis ulasan mengenai drama Melayu yang saya tonton kerana saya tidak menemui laman web yang menulis analisis mengenai drama Melayu.

KISAH NAMA INI:

warnalangitbiru nama yang agak lama juga saya fikir untuk blog ini. Sebenarnya ada beberapa nama lain lagi tapi telah ada nama tersebut di wordpress. Oleh sebab itu nama telah dipilih.

Jika terdapat sebarang komen, sila tinggalkan di mana-mana artikel yang menarik minat anda ataupun emel kepada 4langitbiru[at]gmail.com

Sekian, terima kasih.

Written by Langit Biru

Januari 18, 2009 pada 4:59 pm

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. nama siapa? Lelaki ke perempuan. Bukan apa, kadang-kadang komentar yang kita buat adalah mempengaruhi gender masing-masing. Mungkin kita boleh berkongsi pendapat dengan cara yang betul.

    memmetlenggeng

    November 2, 2009 at 12:47 pm


Komentar ditutup.

%d bloggers like this: