Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for the ‘Muzik’ Category

Carta K-Pop untuk Mac minggu keempat 2010

leave a comment »

Minggu ini mari kita lihat persembahan penyanyi. Setiap minggu mereka akan membuat persembahan secara langsung. Nyanyi pun LIVE walaupun ada yang lari atau semput sikit. Tak kurang juga dengan hiasan pentas yang menarik. Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat dan bukannya stesen penyiaran.

Sebab itulah persembahan pada setiap minggu sentiasa dinantikan kerana hiasan pentas, pakaian yang akan menjadi perhatian penonton.

Inilah ialah Outsider, penyanyi rap hip hop terpantas sekali di Korea. Mungkin di dunia juga. Saya suka imej dia yang baru ini nampak lebih muda. Dah le comel, kelakar pula tu. Tapi dia penuh berwawasan. Lagu baru dia memang tidak menghampakan. Dari pemuzik underground, dia ke arus perdana dengan sokongan peminat.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 31, 2010 at 3:23 pm

Carta K-Pop untuk Mac minggu ketiga 2010

leave a comment »

Saya masih lagi teruja dengan konsert Super Junior yang lalu. Tapi takpe carta masih tetapi ada. Kalau ada video yang tidak boleh dilihat tu, sila tinggalkan komen yek.

Minggu ini kita akan melihat video klip pula. Nak dibandingkan dengan video klip artis Barat saya gemar lagi video klip artis Korea. Mungkin sebab jalan cerita atau konsep yang lagi mesra berbanding barat.

Ini ialah kumpulan vokal 4Men. Mereka merupakan generasi ketiga kumpulan ini. Tetapi jelas kemampuan vokal masih lagi menjadi teras utama. Mereka baru sahaja menamatkan konsert sulung mereka baru-baru ini. Saya suka nyanyian mereka.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 25, 2010 at 3:27 pm

Carta K-Pop untuk Mac minggu kedua 2010

leave a comment »

Dah masuk minggu kedua. Mari kita lihat persembahan pula. Mereka buat persembahan secara langsung. Kalau ada kesilapan memang boleh perasan. Persembahan mereka di stesen TV kadang-kadang sarat dengan hiasan pentas dan sebagainya. Kalau malas, ringkas jer.

Tapi ini semua untuk menarik perhatian penonton. Setiap minggu ada je perubahan yang berlaku. Mana taknya terdapat beberapa rancangan muzik setiap hujung minggu di Korea.

Kumpulan T-ara tampil dengan imej baru yang lebih seksi. Lagu mereka ok sebab lirik lagu ini ditulis oleh Wheesung.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 18, 2010 at 9:09 am

Carta K-Pop untuk Mac minggu pertama 2010

leave a comment »

Dah masuk bulan Mac. Sungguh cepat waktu berlalu. Minggu ini carta tidak banyak berubah tetapi ada jugalah satu, dua lagu baru.

Kita akan lihat video muzik pada minggu ini. Video muzik penyanyi akan disiarkan serentak atau awal dua, tiga hari sebelum tarikh jualan album. Memang peminat akan menunggu untuk melihat video muzik. Sampaikan waktu yang tepat untuk siaran pun akan diumumkan.

Ini ialah kumpulan Kara yang kembali dengan album mini terbaru berjudul Lupin. Menarik tak konsep album mereka kali ini. Mereka berlima telah turun berat badan berjumlah 10kg untuk album ini. Sudah lah kurus, bertambah kurus mereka. Lagu Lupin dan video muzik amat menarik.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 10, 2010 at 9:37 am

Carta K-Pop untuk Februari minggu keempat 2010

leave a comment »

Wah, dah masuk minggu baru ni. Banyak betul lagu baru yang berada dalam carta kali ini. Kali ini mari kita lihat pula persembahan mereka dalam carta muzik mingguan.

Inilah Min Kyung Hoon penyanyi untuk lagu yang berentak rock balada. Dia merupakan vokalis untuk band Buzz tapi kini bergerak secara solo. Saya suka sangat suara dia. Kalau dia menyanyi memang boleh cair mendengarnya.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 3, 2010 at 3:05 pm

[28.02.2010] Wonder Girls kekal unggul

leave a comment »

KUMPULAN remaja, Wonder Girls sedang menghirup populariti apabila diterima di kalangan warga Taiwan dan Hong Kong. Buktinya, apabila album Wonder Girls Special Edition mendapat sambutan yang memberangsangkan selepas diedarkan dua minggu.

Ia sekali gus mengalahkan album Super Junior, F.T Island dan BoA yang turut menjadi kegilaan sebelum ini.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 28, 2010 at 3:42 pm

Dikirim dalam Album, Berita, Muzik

Tagged with

Album digital Faizal Tahir – Adrenalin

with 8 comments

Ini ialah album terbaru dari Faizal Tahir dalam edisi digital di mana pendengar boleh membeli dan memuat turun dari laman web yang sah iaitu dari Digi Music dan Music Unlimited. Tapi saya bukan pengguna perkhidmatan tersebut.

Ini pula ialah kulit album tersebut nampak ringkas kan. Mesti baru letak di laman web ni sebab masa album ini baru di laman web tiada gambar kulit album.

Terdapat lima lagu baru dan satu dalam bentuk akustik. Tapi tak termasuk lagu ‘Bencinta’ dan ‘Selamat Malam’, mungkin lagu-lagu tersebut akan dimasukkan ke dalam album penuh kelak. Kalau macam tu ada lagi tiga lagu baru lah. Nak tambah lagu lagi takpe. Purata satu lagu lebih kurang 4 minit. Kalau 10 lagu dalam 40 minit. Tak sampai satu jam pun, kalau dengan terus lah.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 25, 2010 at 3:09 pm

Dikirim dalam Album, Muzik

Tagged with