Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for the ‘Radio’ Category

[23.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Tetamu undangan pada hari Rabu ialah kumpulan gitar akustik Tree Bicycle dan penyanyi wanita Navi. Rasanya mereka ni telah menjadi tetamu tetap untuk setiap hari Rabu.

Kali ini ada klip audio. Navi menyanyi dan diiringi dengan petikan gitar dari Tree Bicycle dan suara latar oleh Kim Bum Soo. Mereka membuat remix atau menggabungkan beberapa lagu atau bahasa mudah iaitu medley. Sedap dan menarik untuk didengari.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 11, 2010 at 9:26 am

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with , ,

[17.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Kali ini tetamu undangan ialah Younha. Penyanyi yang berbakat besar yang menyanyi, menulis lagu sendiri dan boleh bermain alat muzik. Ini berlaku beberapa hari sebelum dia menerima rawatan di hospital kerana pengsan akibat sibuk bekerja.

Younha juga terkenal di Jepun dan pernah menghasilkan beberapa buah album dan single dan dia baru sahaja berumur 19 tahun. Kali ini ada video persembahan dari Younha.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 5, 2010 at 9:36 am

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with ,

[14.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Hari Isnin tapi tak pernah pula ada siaran video pada hari tersebut. Tapi ini mungkin istimewa kot. Tetamu undangan pada hari ini ialah kumpulan perempuan 4minute. Saya kenal Hyun Na je boleh tak.

Macam biasa, jika para artis menghadiri temubual di radio mereka akan berpakaian santai. Lagi satu dah malam pun. Bila balik boleh terus tidur je nanti. Lagi gambar dan video selepas ini.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 1, 2010 at 9:20 am

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with ,

[03.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Tetamu undangan pada malam ini ialah dua orang penyanyi R&B balada yang cukup berbakat iaitu Bobby Kim dan Wheesung. Mereka bertiga termasuk Kim Bum Soo telah mengadakan persembahan khas pada malam itu. Siap ada pemain keyboard, gitar dan penyanyi latar.

Perasan tak gambar di atas tu macam poster. Sebabnya, malam ini ialah khas untuk mempromosikan konsert mereka bertiga. Ya, mereka telah bergabung untuk mengadakan konsert yang diberi nama ‘The Vocalist’ yang telah berlangsung pada Hari Krismas yang lalu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 15, 2010 at 9:05 am

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with , ,

[17.11.09] Kim Bum Soo Dream Team

leave a comment »

Sukanya hari ini sebab artis undangan ialah Kim Tae Woo dan Lyn. Lyn sudah beberapa kali muncul dalam rancangan ini sementara ini kali pertama untuk Kim Tae Woo. Mereka bertiga mempunyai banyak persamaan.

Kim Tae Woo dan Kim Bum Soo dari syarikat rakaman yang sama sementara Lyn pula selalu berduet dengan mereka. Kiranya Lyn ni macam adik kesayangan lah.

Kali ini terdapat video untuk sesi ini tapi saya tak jumpa pun video penuh. Mesti mereka menyanyi dua, tiga buah lagu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 18, 2010 at 9:29 pm

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with , ,

[12.11.09] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Pada hari ini tiada artis undangan kerana Dream Radio telah mengadakan konsert mini untuk Kim Bum Soo. Konsert tersebut telah diadakan dalam studio radio. Penuhlah, studio tu.

Kim Bum Soo menyanyi secara langsung dengan diiringi dengan band iringan, ada pemain gitar, keyboard dan juga penyanyi latar. Ada juga peminat yang datang.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 9, 2010 at 9:43 pm

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with

Kim Bum Soo Dreamy Radio 07.11.2009

leave a comment »

Untuk kali ini Kim Bum Soo bersama dengan pembaca berita MBC. Saya tak pasti untuk TV atau radio sebab saya tak tengok berita Korea, lagipun MBC tiada di ASTRO. Tapi tengok lah mereka ni kalau betul pembaca berita kan.

Nama mereka seperti yang saya cuba baca ialah Heo Il Hoo dan Seo In. Mereka ialah pembaca berita di TV dan radio untuk stesen MBC. Kali ini hanya klip audio sahaja

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 30, 2009 at 3:38 pm

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with , ,